Syukur alhamdullilah rancangan PERJALANAN HIJRAHKU sebuah rancangan masakan yang mak tulis bersama adik Mak iaitu Adza Emie telah pun selamat ditayangkan di TV AL HIJRAH sepanjang bulan puasa dan hari Raya yang lepas. Kini Mak Dara dan Adza Emie sedang menulis sebuah lagi rancangan masakan terbaru iaitu sebuah rancangan 13 episod bertajuk JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA. Rancangan ini merupakan skrip Mak Dara yang ke 64.. Fuhhhhh dah 64 buah skrip mak dara hasilkan selama 15 tahun mak dara berkecimpung dalam dunia penulisan skrip ini.. Syukur alhamdullilah masih ada yang masih mahu gunkan khidmat mak ..
Serina sedang menerangkan konsep rancangan semasa meeting kami yg lalu
Rancangan ini diterbitkan oleh YKS FILM MAKER SDN BHD sebuah syarikat milik Abang Yusof Kelana dan SERINA REDZUAWAN iaitu anak kepada Chef Wan. Dan yang menarik tu rancangan ni akan disponsor oleh sebuah produk kecantikan iaitu VIDA BEAUTY..
Puan Vida pemilik produk Vida Beauty
Rancangan ini sedikit istimewa kepada mak kerana rancangan ini akan disiarkan di TV3 pada bulan Disember nanti. Ye lah selalunya skrip skrip mak ditayangkan di RTM dan di saluran Astro aje.. Bukan senang nak masuk TV3 ni.. Terakhir skrip yang mak dara tulis untuk TV3 ialah beberapa episod untuk sitkom SENARIO dulu.. itu pun dah berkurun lama dulu hehe
Rancangan ini akan dihostkan oleh Serina Redzuawan dan juga sebuah selebriti chef dari Morroco iaitu Chef El Hadi. Mereka akan mengembara ke beberapa pelusuk kawasan Etnik untuk mengetahui cara cara masakan mereka . ANtara yang akan dijelajah iaitu di kawasan orang asli di Perak, Pahang dan banyak lagi. Dan di akhir rancangan pula Chef El Hadi akan masakan pula masakan morocco kepada penduduk etnik tu.. kiranya macam pertukaran budaya gitu.. Nak tahu lebih lanjut kenalah tunggu tayangannya hujung tahun nanti ye..


wah..tahniah mak dara.. support mak dara k kelassss..hehehehe
ReplyDeleteTahniah MD.. semoga MD terus berjaya dalam menghasilkan skrip yg lg gempaq! menarik konsep rancangan Jelajah Selera Etnik nie.. saya tunggu..!!!
ReplyDeletetahniah mak dara.
ReplyDeletemmg dahsyat la mak dara ni.
dh msk skrip yg ke-64. kelasssss gitu!
All the best mak Dara... :)
ReplyDeleteWahh tahniah MD dpt tulis skrip utk TV3.. caya laa.. :)
ReplyDeleteBertambah rezeki...bertambah glamour...hiksss...
ReplyDeletetahniah semoga lbh sukses lg...
ReplyDelete