Tuesday, September 18, 2012

Doa Ku Buat Mu Teman - AFIEY ZAKARIA

Assalammualaikum duhai teman..

Hari ini 18hb September 2012 pada tika dan waktu ini.. Seorang teman baik Mak Dara yang Mak Dara anggap seperti adik beradik Mak Dara iaitu Afiey Zakaria sedang menjalani pembedahan yang bermula dari pukul 10 pagi tadi.. Banyak teman teman terkejut apabila mendengar berita ini.. Mak masih teringat apabila pertama kali mendengar berita tentang penyakit yang dialami oleh Afiey . Masih terngiang ngiang lagi perbualan kami di telefon apabila Afiey menerangkan apa yang sedang dia alami itu.. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.. Mak masih teringat lagi reaksi mak pada ketika itu.. Im soooo speechless.. 

Mak Dara and my dear darl Afiey

Afiey telah didiagnosis dengan "meningioma Sellae Tuberculum" Glicoma Suprasellar tumor / Otak tumor dengan saiz kira-kira diameter 3cm ... Ia tumbuh di sebalik kedua-dua matanya dan ia telah berkembang dalam saiz sedemikian yang sedang terjejas saraf optik dan telah menghadkan penglihatannya. Pertumbuhan ini juga bergerak ke arah otaknya. Akibat dari itu, Afiey mungkin mengalami kebutaan separa dan sakit kepala yang teruk.Maka jalan terbaik adalah menjalani pembedahan bagi membuang tumor itu..

pic by http://theafword.wordpress.com/

Pada hari merdeka yang lalu semua teman terapatnya termasuk mak dan juga keluarga telah meraikan hari itu dengan sebuah gathering yang kami buat di sebuah resort Glass House di Sekeping Serendah. Salah satu tujuan utama ialah untuk bersama sama bersama Afiey sebelum dia menjalani pembedahannya yang jatuh pada hari ini..

rumah kaca @ Sekeping Serendah

dari kiri anak mak Adza Isabella, Mak Dara, Roziya, AFIEY, kak Mai 
dan berdiri di belakang ialah Melissa

My darling Afiey ;) (pic by https://www.facebook.com/afiey.zakaria)

afiey dan suami Azali di tengah2 ;)

semua teman teman Mak Dara bersama AFIEY having BBQ



Memang meriah benar gathering kami itu apabila hampir semua teman teman rapat kami hadir. Kami gelarkan group kami ni dengan nama "MY HOTZ BUDDIES" hehehe . Paling best bila semua yang hadir menggenakan pakaian all white memang sesuai benor dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan hutan dan pokok pokok dan juga kehijauan.. Terasa bagai sekejap saja masa berlalu .. Terasa bagaikan semalam sahaja kami bersama sama dan kini tepat pada waktu dan ketka ini AFIEY sedang menjalani pembedahannya itu. Pembedahan ini bakal mengambil masa selama 10 jam. 

Kepada Afiey.. My dear darl Afiey.. Be strong..Insyaallah..doa ku mengiringi mu.doa dan byk berzikir. InsyaALLAH HE will be with you all the way.Lots and lots of love darl.. Kepada Azali (suami Afiey) dan juga my dear princess Ally (anak Afiey) be srong ya.. Semuanya pasti akan baik baik saja insyallah...

Afiey di wad semalam - pic by Azali Zabri

Kepada semua teman teman Mak Dara mari kita sama sama doakan semoga pembedahan Afiey berjalan dengan lancar ya..

"Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami ada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil qada' dan qadarMu bagi kami, kami meminta dengan nama-namaMu yang telah Engkau sebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang hambaMu, atau nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia, dan akhirat dengan rahmatMu Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani." amin..

*blog milik Afiey http://theafword.wordpress.com/ .. 

13 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan operation tu dan cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya selamat amin..cubit2 nuffnang kat sini

    ReplyDelete
  3. Ya Allah moga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  4. insyaAllah...sama-sama la kita berdoa...semoga pembedahan berjaya dan semua kembali normal..

    ReplyDelete
  5. semoga kak afiey selamat menjalanai pembedahan tersebut..mak dara tempat tu kt mane..lawa gilers la..mcm geng2 bunian bersantai plak..suci & bersih!

    ReplyDelete
  6. Insya Allah.. semoga d permudahkan segalanya..Amin..

    ReplyDelete
  7. moga segalanya selamat dan dipermudahkan..amin...

    ReplyDelete
  8. Semoga segalanya berjalan lancar,amin! :)

    ReplyDelete
  9. I doakan semoga your friend selamat menjalani pembedahan, dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa, gembira dan ketawa, bersama sama orang tersayangnya.. insyallah. Ameen....

    ReplyDelete
  10. hope operation berjalan dengan lancar . insyaallah .

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, How can I missed this precious post...and it's from my own BFF!! What a shame !!To my darli Ida...I am so so sorry sebab tak aware dan baru perasan hari ni as I am goggling my own name in da net and I found this !! Owh, I am so touched and so honored to be in here. Thank you darlin.

    Kepada komentar komentar diatas....terima kasih ya.

    Again...terima kasih atas doa-doa yang tak pernah putus, alhamdulillah Afiey semakin pulih sekarang dan In Sha Allah akan mula bekerja Januari 2013.

    Missing you and family and friends so so much ...hope we can gether again ya...much love, hugs n kisses from ...AFIEY

    xoxo

    ReplyDelete