Saturday, September 22, 2012

Jalan Jalan Hong Kong - AVENUE OF STARS


Ini adalah sambungan dari entry HONG KONG GETAWAY dan Jalan Jalan Hong Kong - THE PEAK mak dara yang lalu.. Entry mengenai perjalanan Mak Dara dan Somi di Hong Kong sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 15 pada 12hb September yang lalu.. Pejam celik pejam celik dah 10 hari sejak mak pulang dari Hong Kong tapi masih lagi teringat semua kenangan manis di Hong Kong terutamanya masa jalan jalan di AVENUE OF STARS Hong Kong..

AVENUE OF STARS ni lebih kurang macam yang berada di Hollywood jugak di mana tapak tangan para artis dan selebriti disemadikan di simen dan diletakkan di sepanjang jalan itu.. Ada lebih 100 handprints yang sudah ‘tercetak’ di sana antaranya Jackie Chan,  Chow Yun Fat, Andy Lau, Jet Li, Maggie Cheung, Stephen Chow, Yu So Chow,  Miranda Yang, Patrick Tse Yin, Grace Chang, Gong Li dan Aaron Kwok. Avenue of Stars terletak di dataran Kowloon dekat daerah Tsim Tsa Tsui di belakang SOGO Victoria Harbour.Tempat ini sangat dekat dengan Hotel Imperial yang Mak Dara dan somi mak tinggal. Maka kami jalan kaki je sana. Atas nasihat beberapa pekerja hotel itu maka Mak ke sana pada waktu malam kerana mahu melihat pertunjukkan Symphony of Lights iaitu sebuah pertunjukkan lampu yang sangat menarik.. Oklah dari dok pot pet pot pet moh mak dara sharekan gambar gambar mak dara dan somi semasa kami ke sana..








cap jari Jacky Chan ;)

Actionnnn!!! hehe 



Dah puas snap snap pic kami pun tunggu lah show iaitu 'Symphony Of Lights'. Show yang menggabungkan lampu lampu dan laser beam dari 40 jenis bangunan dari kedua-dua arah yang bertentangan di Pelabuhan Victoria.

sempat posing sebelum show 'Symphony Of Lights bermula hehe

Show bermula jam 8 malam..Tapi sayangnya muzik yang dipasangkan amat slow jadi layan tengok lampu ajelah hehe. Kalau nak tahu show ini telah tercatit di Guiness World Record sebagai "World's Largest Permanent Light and Sound Show" .Jadi kalau anda ke Hong Kong rugi kalau tak datang dan tengok show ni..





Memang menarikkk dan sangat cantikkk persembahan lampu lampu itu memang patut le masuk Guiness World Record.. Rasanya kalau kat Malaysia pun buat macam tu mesti lagi ramaiiii pelancong datang.. Anyhow ini sajalah laporan Mak Dara dari AVENUE OF STARS. Manalah tahu kalau ada yang nak ke hong kong boleh le pegi ke sana nanti ye.. Nantikan entry Mak Dara tentang makanan halal pulak di Hong Kong tungguuuu....

11 comments:

  1. hongkong,waaa besnya besnya.ad jumpa nicholas x?eason ke?ngeee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takde jumpa artis jumpa tapak tangan diorang aje sis hehe

      Delete
  2. Nampak memang cantik sungguh dan advance betul. Dapat pegang stars nama Jackie Chan pun jadilah, nak tunggu tuan punya badan entah bila. Oh.. makanan mesti lagi menarik cerita sebab kat sana kata susah juga nak dapat yg halal kan..

    ReplyDelete
  3. wahhh...sonok la pulak Hong Kong...bole masuk wishlist vacation tahun depan ni !! :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mak dara...betul2 best la bila la nak dpt jenjalan kat sana...:)

    ReplyDelete
  5. cantiknya.. kos nak ke sana mahal x? makin maju ya hong kong.. :)

    ReplyDelete
  6. maaf sebab agak menyepi kebelakangan neh...arwah abah sy selamat dikebumikan semalam....alhamduliLLah...semuanya berjalan dengan lancar...

    ReplyDelete
  7. cantik arr dpt tengok lampu2 memalam kan...romantik gitu...hehe

    ReplyDelete
  8. wow.. bessnya aniversary p ronda2 oversea.. berdua je ke,.. mesti seronokkan.. sebab tengok gambar je pun dah teringin... bila la ada peluang, nak meronda dalam negeri pun x termampu lagi...

    mesti pengalaman luas ni kan yg berikan idea menulis x putus2 kan...

    ReplyDelete