Wednesday, September 19, 2012

Jalan Jalan Hong Kong - THE PEAK

Ini adalah sambungan dari entry HONG KONG GETAWAY mak dara yang lalu.. Entry mengenai perjalanan Mak Dara dan Somi di Hong Kong sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 15 pada 12hb September yang lalu.. Walaupun dah balik sini 4 hari yang lalu tapi masih teringat ingat permandangan permandangan menarik yang terdapat di Hong Kong. Dan antara semua permandangan yang cantik di Hong Kong pastinya permandangan dari atas THE PEAK yang paling memukauuuu...


Tempat ini  memang terkenal dengan viewnya, di sini kita boleh menikmati pemandangan seluruh kota Hong Kong dari atas bukit itu. Untuk ke THE PEAK mak dara dan somi menggunakan tiga pengangkutan ini iaitu  Star FerryCity Bus danPeak Tram.

Dari Hotel yang Mak Dara tinggal iaitu Hotel Imperial ke pelabuhan Ferry (Star Ferry Pier) sangat dekat, jalan kaki je untuk ke sana. Pelabuhan ini dekat juga dengan Terminal Bus. Sampai di sana kami terus menaiki Ferry. Tambang naik ferry ni memang murah iaitu dalam HK2-3 je .  Perjalanan menaiki ferry ini hanya mengambil masa selama 9 minit sahaja. Yang bestnya bila menaiki ferry ini kita dapat permandangan dari dua buah pulau utama di Hong Kong yaitu HongKong Island danKowloon Island

pic dari atas ferry

Apabila tiba saja di Central Ferry Pier kami terus ke pemberhentian bus di Pier 7, untuk menanti Bus yang akan membawa kami ke Peak Tram Terminal. Sebagian besar Bus adalah bus dua tingkat. Mak Dara dan somi mengambil keputusan untuk duduk di bahagian atas sebab boleh mengamati permandangan sambil menghirup udara segar di Hong kong...


somi mak di hadapan Bus untuk ke THE PEAK

atas bas sambil mendengar info2 menarik mengenai Hong Kong dgn gunakan 
earphone yg telah disediakan oleh pihak bas tour tu

akhirnya selamat tiba di hadapan THE PEAK TRAM

Tak lama setelah menaiki bas itu kami turun dihadapan THE PEAK TRAM.. Ingatkan dah sampailah ke tempat tu tapi rupanya kami kena menaiki tram/tren  untuk menaiki ke atas bukit itu..

Mak dihadapan tram/tren

sempat lagi posing dalam tram tu hehe

Menaiki tram ke untuk ke atas puncak bukit tu memang sangat menarik.. Setelah perjalanan dengan menggunakan Peak Tram, tibalah kita di The Peak...

yeayy akhirnya tiba jua di puncak THE PEAK

di belakang somi mak adalah permandangan indah HONG KONG


ada dijual barang cenderahati 

punya eksited nak tengok permandangan sampai nak beli t shirt pun tak jadi hehe


Memang cantekkkkkk sangat permandangan dari atas THE PEAK ni.. Memang puas hati lah naik ke sini .. Bila dah letih jalan jalan di atas bukit tu kami kemudian ke sebuah lagi tarikan menarik yang terdapat di THE PEAK iaitu sebuah galeri patutng lilin yang dinamakan Madame Tussaud .. Tapi itu akan mak masukkan dientry yang seterusnya pulak.. Karang kalau masukkan semuanya dalam satu entry mau muntah pink korang nak baca pulak kan hehehe..

masa untuk pulanggggg :)

terus menaiki tour bas untuk ke destinasi seterusnya...

Kepada yang akan ke Hong Kong jangan lupa untuk ke THE PEAK ye pasti berbaloi baloi apabila melihat permandangan yang indah dari atas bukit itu.. ;)

THE PEAK I LOVE YOU ;)

18 comments:

  1. wah...bestnyer.ntah bila berpeluang ke HK ni :-) harap dapat tgk mak dara jalan2 jela kt sana..

    ReplyDelete
  2. bestnyer mak..tergedik2 kaki bwh meja ni..nk pegi jgak..hehe
    letak byk lg gambar mak dara..x puas scroll..hihi

    ReplyDelete
  3. wahhh..best nye mak dara..tak ada ole-ole ke??hihihi

    ReplyDelete
  4. Cantiknya pemandangan..bestnyer Mak dara..

    ReplyDelete
  5. tabeek tuan tanah!bila nakp ni MATTA fair da byk kali p

    ReplyDelete
  6. mmg best la!
    ntah bila la turn kitorg pulak dpt pegi ye. hehehe

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat g jenjalan kat oversea..biler agaknya dapat ke sana

    ReplyDelete
  8. Bestnya jalan2 ke negara orang ..

    ReplyDelete
  9. mmg terbaekkk lah mak kt HK///
    best..

    ReplyDelete
  10. jngn lupa buat review tmpt makan jg ya mak dara ;)

    ReplyDelete
  11. bestnya mak dara...dpt tgk budaya negara org..nama mak dara dgn nama saya pun sama...IRDAWATI...

    ReplyDelete
  12. wow!! best nyer........teringin nk ke sane....tp belum berkesempatan lg...hihiihi

    ReplyDelete
  13. Mak Dara mahal tak overall cost ke Hong Kong? Sebab macam berminat, sbab kalau pergi Korea dengan MAS total RM3500 untuk 7 hari 5 malam siap penginapan dan tour guide semua.

    Tapi suka tengok skyscraper Hongkong yang banyak ni.

    ReplyDelete