Sunday, September 9, 2012

PANCUNG

Sedar tak sedar sudah masuk hari terakhir bagi somi Mak Dara iaitu Martias Ali mengajar dalam bengkel yang dianjurkan oleh pihak FINAS iaitu Bengkel Pembikinan Filem Pendek.. Bengkel atau kursus ini telah dijalankan dari 3hb Sept sehinggalah hari ini 9hb Sep.. Dalam bengkel itu somi mak akan ajar kan cara cara basic untuk membuat filem pendek dari membuat skrip ke penggambaran/shooting sehinggalah ke finish product..

somi mak dalam set penggambaran filem pendek PANCUNG

semua yang terlibat dalam PANCUNG 

Somi mak telah meminta agar pelajar pelajarnya berbincang untuk membuat satu skrip dan akhirnya lahirlah idea untuk membuat sebuah filem pendek bertajuk PANCUNG di situ mereka terus diajar untuk shooting.. Dan semalam semua pelajar telah dibawa oleh somi mak ke Kemensah untuk shoot filem pendek ini dan kemudian shooting diteruskan di dalam studio FINAS...

antara satu babak dalam PANCUNG di studio FINAS

Filem pendek ini juga turut dibintangi oleh teman baik somi mak dara  Abang Zaidi Omar bersama sama dengan Arifah Damanhuri, Musnino Takashi, Hafael Mushashi, Edwin Yoshida, Mukhriz Gedebe dan Eyra Mawar.

Di jangka filem pendek ini akan siap diedit hari ini.. Kalau dah siap nanti mak akan share video itu bersama sama anda ye..



6 comments: