Saturday, September 1, 2012

Penternakan Lemak Semakin Berleluasa

Tiba aje hujung hujung minggu ni maka bakal bermulalah sesi menternak lemak secara berleluasa.. Hari ini Mak akan ke majlis kenduri kahwin anak kepada pelakon Abang Mubarak Majid.. Abang Mubarak ni dah banyak jugak telah berlakon di dalam skrip drama somi mak dan mak sendiri.. Antara drama mak dan somi yang dilakonkannya ialah SONGKOK..


Kenduri kahwin anak Abang Mubarak ni area Rawang dekat le dengan kampung somi mak. Bestttkan bila anak anak dah besar dah mendirikan rumah tangga.. Bila la gamaknya anak anak mak nak besar entah sempat ke idok mak tengok diorang naik pelamin hehehe..

Dan selepas aje ke majlis perkahwinan itu mak bercadang untuk ke rumah teman blogger mak yang femes amesss iaitu Eqbal Zack.. Nak beraya bersama sama. Last sekali jumpa pun di Majlis Worlds Blogger And Social Media Award je itu pun tak sempat nak borak borak.. hehehe

Mak Dara & Adik Eqbal @ MSMW

Fuhhhhh berapa kilo lemak kah hari ni dijangka kan diternak oleh mak dan keluarga hari ni hehehehe .. Eh uols tak pegi rumah terbuka ke.. Kompom ade punya kannnnn.. Jom menternak lemak beramai ramai hehehe..... 



9 comments:

  1. samalah kat sini, tapi bukan majlis kawin, rumah terbuka heee

    ReplyDelete
  2. uish.

    tak habis lagi ye majlis kahwin ni mak dara.

    tak apa,lepas tu boleh exercise kan.

    selamat hari raya mak dara!

    ReplyDelete
  3. Hujung2 minggu ni memang banyak majlis kenduri ^_^ hee

    ReplyDelete
  4. samalah kita...
    berkilo2 dah ternak ni. Nak buang bukan senang. Nak ternak kejap je dia belambak hahaha

    Selamat Hari Raya MakDara :)

    ReplyDelete
  5. sama lh kita... dah naik 4kg dah. adehhh... :(

    ReplyDelete
  6. memang byk open house time raye mcm ni.. setahun sekali katakan :D

    ReplyDelete
  7. xpe mak dara, bulan ni je yang banyak sikit ternak tu.. nanti sebelum lemak tu berkembang kita buang la balik =) hehe, slmt hari raya mak dara

    ReplyDelete
  8. salam ziarah dear mak dara :) nice meeting u too ;)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak adza,
    Terima kasih sgt2 singgah apartment EZ dengan family. Terharu juga ada blogger femes singgah ke rumah EZ ni. insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi dan semoga kak adza dan family di murahkan rezeki dan berjaya.

    -eqbalzack-

    ReplyDelete