Tuesday, September 11, 2012

Tak Sabar Menanti tarikh keramat 12hb sept

Waaaa macam menghitung hari je Mak Dara hari ni.. Tak sabar rasanya menunggu tibanya detik 12 tengah malam yang menandakan tarikh 12hb Sept.. Err kenapa? Bukan... Bukan sebab mak Dara nak bersalin bukan.. Mak dah cukup anak 4 kilang dah tutup haha.. Meh Mak nak cerita ada apa dengan tarikh itu.. Maka adanya pada tarikh 12hb september 2012 sebentar aje lagi maka genaplah ulang tahun perkahwinan Mak bersama somi mak Martias yang ke 15 tahun..


Perghhhhh rasa macam baru aje diijabkabulkan tup tup dah 15 tahun.. Syukur alhamdullilah perkahwinan kami dapat bertahan sehingga ke hari ini.. Mak bersyukurrr sangat sangat..


Sedangkan lidah lagi tergigit.. Inikan pulak suami isteri.. Setiap pasangan pasti akan mengalami ombak dan badai dalam melayari bahtera perkahwinan namun syukur alhamdullilah kami dapat hadapi semuanya bersama.. Walaweiii dah bersyarah pulak mak di tengah malam ni.. hmm cukup dulu entry feeling dan jiwang mak untuk malam ni takut karang ada yang muntah pink pulak bila membacanya hahahaha... 

Pesanan untuk somi mak.. nantikan hadiah anniversary.. pasti akan sukaaa punya =)

4 comments:

  1. Alhamdulillah...Happy Anniversary, semoga bahagia, hingga ke SANA...InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. happy anniversary ya.....

    with full of love,
    mia liana.

    ReplyDelete