Friday, September 28, 2012

Teruja Terima Jemputan Ke Tayangan Eksklusif ZAITON CERITAKU


Mak Dara berasa amat bertuah kerana telah dijemput untuk ke Majlis Tayangan Eksklusif Dan Sidang Media Filem ZAITON CERITAKU pada 9 oktober 2012 tak lama saja lagi Waduhhhh terujaaaaa dengan jemputan ini.. 




Zaiton Sameon satu nama yang pernah menjadi sebutan satu ketika dahulu. Penyanyi yang sensasi dengan lagu Menaruh Harapan ini pernah berada di puncak kegemilangan sebelum beliau mengalami kemalangan ngeri pada tahun 1990 yang menjatuhkan populariti beliau dan juga mengakibatkan kematian anaknya Irwan.


Filem Zaiton Ceritaku diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les'Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon. 

Filem sulung arahan Esma Daniel yang juga merupakan pengarah eksekutif Bruang Filem Sdn Bhd bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya. 

Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan.

Sekalung terima kasih kepada adik Azwan Hashim, Media Relations Executive yang sudi menjemput Mak Dara ke event ini.. Insyaallah akan cuba memenuhi jemputan ini.. Pada semua teman teman Mak Dara marilah kita sama sama sokong filem ZAITON CERITAKU dan semua filem filem terbitan tempatan kita!!




4 comments:

  1. Oh bestnya Mak!.
    Mesti sedih cerita ni.
    Puas membelek tp tak dpt jawapan, sapa heroinnya tu Mak?

    ReplyDelete
  2. Jumpa nanti,.. Harap x meleleh air mata menonton nanti.

    ReplyDelete