Sunday, October 7, 2012

Cindy Chia Tabah Menghadapi Hari Hari Terakhirnya..

Penyakit kanser adalah satu ujian yang harus dilalui dengan tenang dan bukanlah satu pengakhiran dalam suatu kehidupan. Begitulah kata-kata semangat oleh penghidap kanser payu dara iaitu Cindy Chia yang baru berusia 32 tahun.

Cindy Chia (sebelum mengidap kanser payu dara)

Walaupun bibir mengukir senyuman namun sinar mata Cindy  menceritakan segalanya.  Mak Dara mengenali Cindy melalui teman saya yang juga menghidap kanser payu dara . Dia sering bercerita tentang Cindy. Katanya Cindy pemberi semangat untuknya untuk teruskan hidup walaupun setiap hari melawan penyakit kansernya.

Cindy berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan sama ada kemoterapi mahupun radioterapi, semuanya dilalui. Namun Cindy tidak kisah menghadapinya kerana semua kesukaran itu perlu dilalui .

Benarlah, setiap ujian itu ada rahmat yang tersembunyi. Contohnya, kanser yang dihidapinya itu mengubah Cindy menjadi wanita yang lebih tabah dan terbuka hati untuk bergiat aktif sebagai sukarelawan dan menjadi jurucakap untuk kempen kesedaran Kanser Payu Dara.


Cindy bersama seorang pesakit kanser


Dr Harun.. Doktor pakar yang merawat Cindy

Maka bermulanya kehidupan Cindy sebagai seorang sukarelawan yang dilakukan sehingga ke hari ini. Cindy berasa cukup gembira apabila berpeluang memberi khidmat nasihat dan membantu rakan-rakan lain yang memerlukan bantuan bukan saja dari aspek kewangan malah semangat.

 
Kini kehidupan seharian Cindy lebih bermakna apabila masanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti persatuan yang bertujuan menyampaikan maklumat murni kepada masyarakat senasib. Cindy berkongsi kisah hidup bersama pesakit kanser yang lain. Setiap orang ada perjalanan berbeza yang sedikit sebanyak mampu menguatkan semangat pesakit lain. Selain bertukar-tukar pengalaman, Cindy berusaha memberi kesedaran awal kepada orang ramai terutamanya kepada pesakit kanser di seluruh negara.

Cindy mahu membantu rakan-rakan senasib. Bagi saya masih ada kehidupan selepas menghidap kanser payu dara, sungguh pun ada yang tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Sentiasalah berfikiran positif dan jangan sekali-kali mengalah pada keadaan,” katanya. 

Doktor meramalkan jangka hayat Cindy akan berakhir menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada tahun hadapan.  Semoga Cindy tabah menghadapi dugaan hidup ini dan sama-samalah kita mendoakan kesihatan Cindy...

 

6 comments:

  1. semoga Cindy terus tebaha menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete
  2. Semoga Cindy terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  3. Harap Cindy sntiasa kuat & tabah...

    ni bukan pelakon ke MD?

    ReplyDelete
  4. semoga dye tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete