Tuesday, October 2, 2012

Kecoh Tentang Fenomena Halo Yang Sedang Berlaku Sekarang!

Pada tika dan saat ini di laman Facebook agak kecoh dengan fenomena HALO yang sedang berlaku.. Ramai juga yang mengambil gambar fenomena ini dan diupload di facebook mereka. Maka Mak dara pun tak lepaskan peluang untuk mengetahui tentang fenomena ini. Maka mak dara google dan kemudian snap gambar ini.  Pasti ada yang tak tahu dan pasti dah ramai juga yang dah tahu akan fenomena Halo ini.. fenomena Halo adalah satu fenomena alam di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Mak Dara ada snap beberapa keping gambar fenomena Halo ini dari balkoni bilik Mak Dara beberapa minit sahaja tadi. Jom Mak Dara kongsikan bersama anda ya...







orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila ingin merakam gambar halo tanpa pelingungan matahari kerana ia akan memberi kesan merbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-Lens refles (SLR).


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama, keadaan itu adalah satu fenomena yang semula jadi.

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 hingga 18,000 meter di atas paras tanah," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, dalam amalan pemerhati cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Selain itu, lapisan awan yang dipanggil cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi ada kalanya matahari atau bulan juga boleh dilihat sebagai bayangan malap emallui lapisan awan yang tebal.

Difahamkan, apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

Pada teman teman Mak Dara yang nak juga snap gambar fenomena ini Mak sarankan supaya anda jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja ya.. berhati hati..

#sumber info dari Harian Metro & pada sesiapa yang nak buat entry ni boleh le copy paste takde masalah.. sharing is caring kan just jangan lupa kredit utk blog mak ni ye.. ;)

17 comments:

  1. sy tgk dari dalam opis je..nampak jelas..:)

    ReplyDelete
  2. oh sama dgn latest n3 saya. hehehe. thanks sharing MD! :D

    ReplyDelete
  3. owh. tengok gambar pun dah sakit mata.. ni kan pula depan2 ya. thanks for sharing~

    ReplyDelete
  4. patot la ramai yg amik gambar td....hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time buka FB tadi, hairan jugak kenapa ramai post gambar matahari...
      Rupa2nya ada fenomena Halo pulak ^_^
      Betul2 katak di bawah tempurung la Wilma nie...Hehehe...

      Delete
  5. owh itu ker nama dia?fenomena halo? baru sy tau mak dara

    ReplyDelete
  6. thank for your info mak dara..:)

    ReplyDelete
  7. subhanAllah cantik..patutla kat fesbuk sy banyak yg snap gambar ni. ade lg ke sekarang?

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang menarik! Tahu info ni daripada blog Mak Dara.. Pinjam gambar Mak Dara untuk entri ni.. http://www.erazfadli.com/2012/10/gambar-fenomena-halo-di-malaysia.html .. Kredit disediakan.. ;)

    ReplyDelete
  9. SY XTH PON HALO NI..ADUYAII..
    tapi subhanallah cantik sangat..;)

    ReplyDelete
  10. oooo... kat sekolah tadi pun kecoh, sampai ustazah kata gerhana matahari dan suruh buat solat gerhana!... betapa kurangnya pengetahuan am kami, lepas baca entri ni baru tau... tq info..

    ReplyDelete
  11. wahhh nice sharing ya mak dara...

    ReplyDelete
  12. belum pernah nampak lagi lingakaran cahaya macam ni. Ya Allah, cantiknya~

    ReplyDelete
  13. dya tgk pic yg mak dara amik je.hihi

    ReplyDelete
  14. semua tempat eh boleh nampak sbb tak tengok luar pun semalam..yg pasti kat fb sebut gerhana kat damansara

    ReplyDelete