Tuesday, November 27, 2012

Anak Pengarah Drama Terkenal Meninggal Dunia


Petang semalam Mak dan dan somi terkejut apabila menerima panggilan telefon dari kenalan somi Mak yang menyatakan bahawa anak kepada pengarah drama terkenal  iaitu Abang Jurey Rosli yang merupakan teman rapat somi mak dara telah mengalami kemalangan dan anaknya yang menunggang motorsikal telah berlanggar dengan sebuah lori di sebuah jalan Pandan Indah lalu telah meninggal dunia di tempat kejadian 

Abang Jurey Rosli

Inna Lillah wa Inna Ilayhi Raji'oon. Memang terkejut mendengar berita itu.. Anak Abang Jurey baru sahaja berusia 16 tahun. Masih muda masih belia.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggungnya.. Ternyata Tuhan lebih menyayanginya....

Mak Dara dan somi telah lama bekerjasama menulis skrip untuk Abang Jurey hampir 30 buah skrip drama kami telah di terbit dan diarahkan oleh Abang Jurey. Kalau nak tahu Abang Jurey inilah pengarah bagi filem LIBAS.

Mak Dara dan somi terus bergegas ke Hospital Kuala Lumpur bagi melawat jenazah. Keadaan sayu dan sedih menyelubungi tatkala melihat semua ahli keluarga allahyarham termasuk Abang Jurey bersama sama keluarga terdekat berdiri di sisi jenazah anaknya itu. Hati ayah mana yang tidak sedih apabila melihat anak yang terpaku sepi begitu.. Masyaallah mereka sungguh tabah dan sungguh kuat menghadapi kehilangan ini.. 

Mak Dara amat amat memahami perasaan mereka kerana Mak Dara juga baru sahaja kehilangan arwah ayah 48 hari yang lalu. Dan semasa arwah ayah Mak Dara disahkan meninggal dunia Abang Jurey dan keluarganya ada datang ke hospital bagi melawat jenazah arwah ayah mak dara dan tidak sekali kali menjangkakan untuk kami pula yang pergi melawat jenazah ahli keluarga Abang Jurey sebulan lebih kemudian.. Ini semua telah tertulis dan ketentuannya.. Sesungguhnya Allah swt telah menetapkan segala galanya... 

Diharapkan semoga Abang Jurey serta keluarga tabah menghadapi kehilangan ini dan Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkn dikalangan orang orang yang beriman.... Al Fatihah....

19 comments:

  1. Inna lillah, wainalillah hi rojiun.. al-fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  2. Al fatihah..Takziah kepada keluarga

    ReplyDelete
  3. alfatihah utk arwah, moga tabah menempuh dugaan ini..

    ReplyDelete
  4. takziah untuk beliau dan al-fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  5. Al fatihah..Takziah kepada keluarga arwah.

    ReplyDelete
  6. alfatihah , biasala , ajal nih tak mengira umur dan masa , bila2 saja akan dtg menjmput ...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikummak dara...al-fatihah buat arwah...:(

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mak dara, innalillahirojiun..
    sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat allahyarham...

    ReplyDelete
  9. al-fatihah. salam takziah untuk seluruh keluarga.

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah dan salam takziah utk keluarga arwah..

    ReplyDelete
  11. Salam takziah, dari Dia kita datang dan KepadaNya jua kita kembali...

    ReplyDelete
  12. al-fatihah..setakat tu je Allah pinjamkan anak kepadanya..sedihh..;(

    ReplyDelete
  13. Al Fatihah..takziah buat keluarga arwah..

    ReplyDelete