Wednesday, November 14, 2012

Hukum mengucapkan Selamat Deepavali

Assalammualaikum duhai teman..

Dalam Mak Dara sibuk seharian mengucapkan Selamat Deepavali kepada teman teman Mak Dara yang beragama Hindu di Facebook dan di blog tetiba tertanya tanya jugak Mak Dara boleh ke kita mengucapkan selamat bagi perayaan selain dari perayaan kita? Ye lah dah tua tua mcam ni kadang kadang perkara perkara yang kita anggap remeh tapi sebenarnya perlu juga tahu hukum hakamnya kan tak boleh main bedal lagi sebab sebagai ibubapa kita menjadi teladan pada anak anak dalam setiap apa yang kita lakukan.. Maka apa lagi teruslah Mak google... Dan mak jumpa artikel ini dalam blog Ustaz Love...


Soalan :
Apakah hukum mengucapkan Selamat Deepavali kepada mereka yang beragama Hindu?


ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم 
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين

Maksudnya  : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”


Jelas, bahawa mengucapkan selamat deepavali kepada kenalan dan kawan-kawan kita yang beragama hindu tidak dihalang di dalam Islam. Apa yang mustahak di dalam hal ini ialah tujuan kita mengucapkannya bukan untuk menyambutnya bersama. Malah yang demikian adalah demi menghormati budaya dan adat orang lain.

Maknanya dengan menghormati hari-hari kebesaran orang bukan Islam sedikit sebanyak dapat memecahkan tembok salah faham Islam. Dengan demikian agama Islam akan menambat hati-hati mereka kerana kaindahan ajarannya yang sarat dengan ihsan dan kebijaksanaan sekali gus menjadikan Islam agama yang dihormati.


Pendek kata tak salah kalau kita nak ucapkan Happy Deepavali ke, Merry Christmas ke, Happy Chinese New Year ke atau mana mana perayaan lagi. Lagipun negara kita kan negara majmuk banyak agama dan budaya katakan...Maka ucapkanlah selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik dan membawa kepada kecacatan akidah.


#Mak Dara bukanlah bijak pandai dalam hal agama cuma Mak Dara mahu sharekan apa yang Mak Dara baru tahu/pelajari.. Jika ada yang salah silalah betulkan Mak Dara ye..


14 comments:

  1. Terima kasih MD kerana sudi berkongsi ilmu..:)

    ReplyDelete
  2. thanks mak dara sebab update pasal ni.....^^

    ReplyDelete
  3. see..tak salah menyatakan perasaan gembira pada kawan2 yg bergama hindu, cina mahupun kristian... ucapan itu x bermakna kita sambut perayaan mereka kan? hehehe

    thanks for this info mak dara :)

    ReplyDelete
  4. Kita haruslah membezakan sambutan keagamaan dan sambutan yang bukan berlandaskan agama. Sambutan Deepavali berbeza dengan sambutan Hari Kemerdekaan atau Tahun Baru. Deepavali adalah ‘sambutan agama’. Jika kita kaji sejarah disebalik perayaan ini, kita akan dapati bahawa Deepavali (atau Diwali) di sambut kerana memperingati peristiwa Dewa (Tuhan) Krishna yang telah membunuh syaitan (demon) bernama Narakasura. Diriwayatkan bahawa Narakasura adalah pemerintah sebuah negeri yang bernama Pradyoshapuram. Di bawah pemerintahannya, rakyat menderita pelbagai kesusahan. Dia menzalimi rakyatnya dan menculik wanita-wanita dan memenjarakan mereka di istananya. Melihat kejahatannya, maka Dewa (Tuhan) Krishna lalu turun memusnahkannya dan hari pembunuhan/kematian Narakasura ini diraikan sebagai Deepavali, sebagai kemenangan sebuah kebaikan mengatasi kejahatan. Ada juga beberapa riwayat lain tentang asal-usul perayaan Deepavali. Ada yang berpendapat ia diraikan sempena perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu. Ada juga yang menyatakan hari restu di mana Dewa (Tuhan) Rama kembali ke Ayodhya setelah mengalahkan Ravana dan terdapat beberapa kisah lain lagi. Inilah kepercayaan penganut Hindu terhadap Deepavali.
    Wahai kaum Muslimin, cubalah fikirkan dengan sejernih-jernihnya tentang mengucap selamat atau menghadiri majlis Deepavali. Bukankah ucapan Selamat Menyambut Deepavali bermakna, “Selamat meraikan hari di mana Dewa (Tuhan) Krishna berjaya membunuh syaitan Narakasura” atau “Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu”!!! Apakah ini tidak terkait dengan persoalan aqidah? Walaupun kita hanya mengeluarkan ucapan ‘selamat’ kepada ‘individu’ yang beragama Hindu, tetapi terfikirkah kita tentang maksudnya dan kepada ‘siapakah’ ucapan itu pergi? Pernahkan Rasulullah mengucapkan selamat untuk Latta dan Uzza atau kepada penyembah-penyembahnya. Pernahkah Rasulullah mengiktiraf agama penyembah Latta dan Uzza dan meraikan perayaan mereka? Adakah Rasullullah berdiam diri (apatah lagi membenarkan) penyembah-penyembah berhala yang mensyirikkan Allah? Pernahkah Rasulullah berkompromi dengan mana-mana kaum Musyrikin dalam masalah aqidah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian ini . Saya amat amat menghargai perkongsian tuan/puan/cik/encik itu. Saya orang yang tidak bijak pandai dalam agama dan saya terima ini sebagai satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih sekali lagi..

      Namun saya ada terjumpa artikel ini dari blog E Fatwa (Portal Rasmi Fatwa Malaysia) yang tertulis..

      Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

      Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

      Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

      Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

      (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-)

      Apa pendapat tuan/puan/cik/encik?

      Delete
  5. Mengenai hukum, terdapat dua pendapat ulama’ mengenainya iaitu ulama’ yang mengharamkan langsung kita menyambut/meraikannya, manakala pendapat kedua pula mengharuskan kita meraikannya.

    Sebagai contoh untuk membezakan menyambut dengan meraikan ;

    menyambut : kita menyertai acara penyembahan yang dijalankan oleh penganut hindu yang mempercayai dewa-dewa mereka.

    meraikan : seperti kita meraikan jemputan daripada kawan/saudara kita yang membuat kenduri.

    Dengan alasan ziarah maka para ulama’ membolehkan perkara ini dilakukan kerana Islam tidak melarang sesuatu kaum yang bukan beragama Islam yang taat dengan pemerintah Islam untuk mengamalkan adat resam mereka. Yang salah adalah kita beragama Islam turut sama menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan turut serta menghayati apa yang berlaku disebalik peristiwa itu.

    [http://muhammadhanif.wordpress.com/2008/10/25/hukum-menyambut-depavali/]

    ReplyDelete
  6. Bestfriend sy indian. Sy xmenyambutnya bersama. Cukup sekadar sy ucap happy depaavali.. Xde niat pu nk meraikan bersama. Skdar menghormati agama & membuat mereka bahagia di hari besar mereka. Salah ke begitu mak dara? Sy menjadi takut pula bila mbaca komen atas ni

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing this mak dara. :)

    ReplyDelete
  8. Thanks for this sharing.. sgt bermanfaat..

    ReplyDelete
  9. owh...gitu....thnks utk info mak dara

    ReplyDelete
  10. thank you for sharing loving! seriously memang tak tau :)

    ReplyDelete