Saturday, November 10, 2012

Ikut Rasa Binasa.. Ikut Hati Mati


Sesungguhnya dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa seakan roda ada turun dan naiknya... Maka semua pasti tidak akan terlepas dari rasa suka duka gembira sedih dan sebagainya. Masa sedang bergembira selalunya rasa macam dunia ni kita yang punya.. Diri terasa seakan berada di awang awangan. Segalanya indah belaka.. Seperti sempurna semuanya.. Namun apabila duka datang mengetuk.. Dunia yang dulu luas terasa sempit, Nafas yang panjang menjadi singkat, kaki yang gigih melangkah terasa lemah..  segala impian menjadi hancur, masa depan nan cerah menjadi kelam.. segala yang dipunyai makin hilang dari gengaman.. 

Pernah anda berasa seperti ini? Jika ya... Jangan diturutkan kata hati.. Tatkala anda dalam keadaan seperti ini sesungguhnya syaitan akan menjadi peneman sejati.. Ya benar berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. namun sedarlah bahawa Allah swt tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya.. 


Semua manusia pasti tidak akan terlepas dari menerima ujianNya kerana Allah swt memberi peluang untuk kita bagi mendapatkan anugerahNya. Janganlah menganggap bahawa hanya diri kita sahaja yang diberi ujian yanng amat dasyat kerana pastinya ada yang menerima ujian yang lebih berat dan dasyat daripada kita ini. Terpulang kepada kita bagaimana penerimaan dan cara kita menghadapi ujian tersebut. Namun satu pesanku.. Jangan terlalu ikutkan perasaan kerana Ikut Rasa Binasa.. Ikut Hati Mati...

Hanya untuk renungan...

14 comments:

  1. betul..ikutkan rasa memang kita akan binasa dan kalau ikutkan hati mati..dunia hanya sementara. akhirat kekal abadi. ^__^ Terima kasih mak dara atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Pernah anda berasa seperti ini? Jika ya... Jangan diturutkan kata hati.. Tatkala anda dalam keadaan seperti ini sesungguhnya syaitan akan menjadi peneman sejati.. Ya benar berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. namun sedarlah bahawa Allah swt tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya..

    Suka words ni :)

    ReplyDelete
  3. ada masa jugak kena ikutkan hati bila rasa lapar..erkkk!!!betul ke Mak Dara?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe itu yang paling betulllll.. part lapar dan part makan ni mmg peberet part Mak hahahaha

      Delete
  4. assalamualaikum mak dara...betul tu ikut rasa binasa ikut hati mati kena redha dgn semua dugaan dr Allah pada kita...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Maszull.. pucuk pangkal kena selalu kembali kepadaNya dan selalu bertawakal dan redha ;)

      Delete
  5. setiap org pasti akan diuji dengan keindahan, tak terlepas jgk bila diuji dgn kekecewaan..
    ~Hidup ni tak selalunya indah, langit tu tak senantiasa cerah tapi percayalah keindahan tu pasti akan menyerah bila kita ikhlas & terus tabah..

    ReplyDelete
  6. kena selalu ingat Allah waktu susah dan senang...
    insyaAllah, Allah akan ingat kita bila kita susah...

    ReplyDelete
  7. ingat Allah mak dara...
    Insya'Allah segala penyelesaian semua dariNya.

    ReplyDelete