Sunday, November 4, 2012

Kumpulan Raihan dan Somi Mak Dara

Assalam duhai teman..

Bila membaca aje tajuk Mak Dara di atas pasti ada yang tertanya tanya apakah kaitannya Kumpulan Nasyid RAIHAN dan somi Mak Dara kan.. Adakah somi mak dara bakal menyertai Raihan? Atau adakah  somi Mak Dara beli album terbaru raihan.. Macam misteri aje kan tapi sebenarnya takdelah misteri manapun.. Minggu yang lalu Somi Mak Dara Martias Ali  telah mengarahkan sebuah video klip terbaru buat Raihan dengan lagu mereka iaitu "Zakat Menjunjung Amanah"... Moh Mak Dara share sikit gambar somi Mak dan Kumpulan Raihan semasa penggambaran video klip itu ya...

Kumpulan Raihan bersama Martias Ali, krew penerbitan dan semua yg terlibat


Difahamkan bahawa mini album Raihan ini telah bergabung bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Tujuan mereka supaya dapat berhibur dengan lirik-lirik yang mampu memikat orang ramai untuk menunaikan zakat rukun islam yang ketiga.

Penerbitan mini album zakat pula adalah berasaskan dakwah kontemporari melalui cakupan muzik adalah usahasama antara pihak PPZ bersama Raihan Creative atau kumpulan Nasyid Raihan.album "Zakat Menjunjung Amanah",didalamnya terdapat 15 track iaitu 4 lagu mengenai zakat yang bertajuk indahnya berzakat,rukun ketiga,rintihan taubat dan PPZ menjunjung amanah.Selainnya seperti bacaan Al-Quran,syair,skesta mengenai zakat,doa taubat dan dialog penerima zakat.

Oklah bila dah siap video klip itu Mak Dara akan upload dan sharekan bersama anda ya...

4 comments:

  1. assalamualaikum mak dara...wah !! best juga ni boleh tengok video klip baru dr Raihan...:)

    ReplyDelete
  2. tak sabar pula tengok video klip baru raihan :)

    ReplyDelete
  3. Mesti best video klip nie nanti kan :-)

    ReplyDelete