Friday, November 9, 2012

Salam Takziah Buat Abang Ayie Sekeluarga..

Sebentar tadi Mak Dara dan somi dikejutkan dengan berita sedih iaitu Biras Mak Dara iaitu Abang Ayie baru sahaja kehilangan Ibunya yang tercinta petang tadi.. Ibu Abang Ayie menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Asunta Petaling Jaya..

gambar kenangan allahyarhamah semasa majlis perkahwinan cucunya tahun lalu
paling kiri biras Mak Dara berbaju melayu hijau dan sebelahnya adalah kakak ipar Mak Dara dan duduk bersama sama di kerusi pengantin adalah anak anak saudara Mak Dara Shasha dan TJ bersama arwah Makcik..


Kak Yati (kakak ipar MD) bersama suami (biras MD) Abang Ayie

Mak Dara amat amat memahami perasaan mereka kerana Mak Dara juga baru sahaja kehilangan arwah ayah 32 hari yang lalu. Diharapkan semoga Abang Ayie serta keluarga tabah menghadapi kehilangan ini dan Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkn dikalangan orang orang yang beriman.... Al Fatihah....

3 comments:

  1. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali..Al-fatihah..semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah ....semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org beriman...

    ReplyDelete
  3. nak kongsi sikit, jemput tengok blog saya,thankz
    http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete