Thursday, November 8, 2012

Sebulan Telah Berlalu...

Terasa bulan Oktober yang lalu merupakan satu bulan yang paling panjanggggg dan paling lama bagi Mak Dara dan keluarga Mak Dara terpaksa lalui.. Masa seakan terhenti sebaik saja arwah abah Mak Dara meninggal dunia pada tanggal 8hb Oktober yang lepas.. Rasanya sudah ramai yang tahu akan berita kehilangan Mak Dara sekeluarga ini namun pasti ramai yang tidak tahu bagaimanakah arwah Abah Mak Dara meninggal dunia.. Ye lah.. Takde pulak Mak Dara menulis tentang abah Mak Dara yang sakit, penyakit yang menimpa abah Mak Dara ataupun ayah Mak Dara di masukkan ke dalam hospital kan.. Itu kerana arwah Abah Mak Dara memang terlalu menitik beratkan tentang kesihatan dan arwah memang tidak pernah mempunyai sebarang penyakit.. Satu kurniaan Allah swt kepada arwah selama hayatnya.. Apa yang terjadi semuanya bermula pada 7hb Oktober yang lalu...

Pada pagi 7hb Oktober itu arwah Abah menerima satu panggilan telefon dari abangnya yang menyampaikan berita sedih bahawa menantunya Kak Aida telah meninggal dunia pada pagi itu setelah lama bertarung dengan penyakitnya. Abah terus menghubungi semua anak anaknya termasuklah Mak Dara dan menyampaikan berita sedih itu.. Memang terkejut dibuatnya kerana arwah masih muda lagi dan lkebih sedih kerana arwah telah meninggalkan dua orang anak yang masih kecil.. Abah mengajak semua kami untuk pergi melawat jenazah sebelum dikebumikan iaitu di Masjid Bangsar. Namun kata Abah dia rasa macam kurang sihat sikit jadi dia kata setelah melawat dia mahu segera pulang kerumah untuk berehat. Memang jarang abah cakap yang dia kurang sihat jadi Mak Dara janji akan segera bawanya pulang kerumah. Sesampainya di Masjid Bangsar, Abah bertemu dengan semua ahli keluarga yang turut hadir bagi memberikan pernghormatan terakhir buat jenazah arwah Kak Aida. 

Abah berada semasa sembahyangkan jenazah Kak Aida

Di masjid itu arwah Abah bertemu dengan hampir kesemua ahli keluarganya yang jauh dan yang dekat. Terdapat sanak saudara yang telah bertahun tahun tidak bertemu juga dapat dia temui di sana. Abah jadi "lain macam" sikit bila asyik mengajak semua orang untuk datang kerumahnya. Gayanya macam nak buat kenduri aje bila bersungguh sungguh mengajak semua orang ke rumah . Abah bertemu dengan ibunya (nenek Mak Dara) dan berkata "Bila Mak nak mai rumah Nan? Nanti Mak kena mai tau..." Nenek Mak Dara kata insyaallah bila dah selesai kenduri tahlil nanti dia akan datang kerumah. Abah kelihatan seronok kerana dapat bertemu dengan hampir kesemua ahli keluarganya. Dari pendiam terus dia berbual dengan kesemua mereka. 



Tiba tiba Abah rasa sakit di dada. Mukanya berpeluh peluh.. Mak Dara terus mengajak Abah untuk pulang kerumah dan dia setuju . Namun kereta kami telah di block oleh sebuah kereta maka kami tak dapat keluar dari situ. Agak lama juga kereta kami di block ikut hati somi mak dara dia nak bunyikan hon aje kerana melihat Abah semakin sakit, namun dihalang oleh abah katanya tak elok nak bunyikan hon dalam kawasan masjid tu. Ada benarnya juga lagipun kemungkinan kereta yang blok itu adalah saudara atau kenalan arwah yang datang melawat. Abah kemudian berasa ok sikit dan katanya nak ke kedai di luar kawasan masjid itu sebab nak beli sesuatu. Mak Dara disuruhnya tunggu di dalam kereta kerana dia akan ditemani oleh kakak dan abang ipar Mak Dara. Lebih sepuluh minit berlalu hati Mak Dara rasa tak sedap. Mak Dara dan somi Mak keluar mencari Abah namun tak berjumpa. Mak dan somi kembali semula ke kereta dan terkejut apabila mendapati Abah berdiri kaku ditepi tingkap sambil seluruh wajahnya ditekapkan ke tingkap kereta. Mak Dara terkejut dengan keadaan itu dan terus mendapatkan Aabh. Abah menjerit supaya memegangnya kerana dia tak larat berdiri hanya wajahnya sahaja ditekap di cermin bagi menampungnya untuk berdiri. Mak Dara dan somi terus memimpin abah masuk ke dalam kereta. Semasa dalam kereta keadaan abah menjadi lebih tenat. Wajahnya berpeluh peluh. Abah kata dia terasa pening dan dia jatuh pengsan di kawasan kedai. Rupanya Abah meminta kakak serta abang ipar Mak Dara supaya pergi ke kedai dan dia nak patah balik ke kereta Mak Dara. Namun semasa dia berpatah balik untuk ke kereta dia jatuh pengsan dan telah berdarah di beberapa bahagian di badan dan tangannya. Syukur ada yang membantunya dan memimpinnya ke arah kereta. Sayangnya pada ketika itu Mak Dara dan somi tak ada di dalam kereta kerana mencari Abah di luar kawasan masjid itu. 

Di dalam kereta Abah asuyik mengaduh kesakitan. Somi mak dara nekad untuk membunyikan hon kereta kerana hampir sejam berlalu sejak kereta itu blok kereta kami namun belum sempat hon pemilik kereta datang dan terus berlalu begitu saja. Mak Dara dan somi terus membawa Abah keluar dari Masjid di Bangsar itu dan pulang. Dalam perjalanan keadaan abah sangat tenat... Mak Dara dan somi memaksa untuk membawa ABah ke hospital namun Abah membantah sekeras kerasnya. Katanya " balik rumah dulu.. tengok mak". Mak dan somi terpaksa akur dan menurut kemahuan abah. 

Sesampai di rumah Ibu Mak Dara terkejut melihat keadaan abah. Sekali lagi kami paksa Abah untuk ke hospital namun Abah minta suruh call semua anak anak untuk pulang ke rumah dahulu selepas itu baru dia mahu ke Hospital. Mak terus menghubungi semua adik beradi dan sampaikan berita tentang Abah yang sangat tenat.

Sejam lebih selepas itu semua adik beradik berkumpul dan keadaan abah semakin tenad. Setelah puas dipaksa akhirnya Abah setuju dibawa ke hospital. Sesampainya kami dihospital Ampang seorang pegawai perubatan buat hal. Dia menjerit kepada Kakak Mak Dara supaya Kakak MD pergi ambil strecher.. Banyak kali dia jerit " Ambik strecher! Ambik strecher!!. Bodoh benar pegawai perubatan itu kami bukanlah pekerja hospital mana kami nak tahu dimana terletaknya strecher. Bukannya kami selalu datang hospital lepak lepak dan check semua kelengkapan dan alatan hospital.. Yang geramnya hanya dia sorang saja bertugas ke sampai nak suruh dan arah arahkan orang awam. Semua tergamam dengan sikap pegawai perubatan tu. Tiba tiba seorang lagi pegawai perubatan yang melihat kekalutan itu datang dan membawa stecher. Sudah lah kurang ajar pegawai perubatan itu masuk ke dalam kereta dan menarik Abah Mak Dara dengan keras dan kuat sekali. Terdengar suara Abah mengerang kesakitan bila diperlakukan begitu. Abah kemudian di bawa masuk ke dalam wad kecemasan.



ruang menunggu untuk keluarga pesakit kritikal (zon merah)

Abah dimasukkan ke dalam Zon Merah iaitu untuk pesakit kritikal. Kami sekeluarga menunggu di bilik itu. Sambil itu Kakak mak dan dan juga somi Mak dara sempat bertemu dengan pegawai perubatan yang sungguh biadap itu dan setelah berkonfrantasi bersama beliau dan pihak atasan pegawai itu memohon maaf katanya dia stress bekerja kerana kekurangan tenaga pekerja. Walaupun kau stress tapi janganlah menyiksa Abah yang memang dalam keadaan yang sangat tenat itu. Masyaallah geram hati dibuatnya.. Namun kami biarkan saja perkara itu berlalu.. Ada yang lebih penting dari kebiadapan pegawai itu. Hampir sejam lebih juga kami menunggu tanpa kepastian akan keadaan Abah.. 

Tiba tiba seorang Doktor datang.. Dan saat itu rasanya seluruh ahli keluarga Mak Dara menjadi kaku apabila diberitahu bahawa Abah Mak Dara sebenarnya telah mengalami serangan jantung yang sangat kritikal hingga boleh membawa maut. Namun mereka akan cuba sebaik mungkin untuk cuba menyelamatkan Abah.Tatkala itu dunia rasa gelap.. Masa seakan terhenti. Serangan jantung? Tapi abah tak pernah mengadu atau beritahu yang dia ada sakit jantung.. Doktor juga meminta supaya memanggil ahli keluarga terdekat kerana kemungkinan untuk Abah hidup amat tipis. Air mata berderai bagai tiada hentinya. Semua tertumpu kepada Mak.. Masyaallah Mak sungguh tabah.. Kami langsung tak sangka begitu kuatnya Mak.. Mak Dara tahu Ibu Mak Dara have to be strong demi anak anaknya.. Jika dia tak tabah anak anak pasti akan lebih teruk keadaannya..

Beberapa jam berlalu namun tiada berita baik disampaikan oleh Doktor yang merawat Abah. Tiap kali dia masuk ke dalam bilik menunggu dan bertemu kami tiap kali itu juga semakin buruk berita keadaan abah disampaikan kepada kami. Katanya mereka telah memberikan abah hingga 4 dos ubat yang kuat bagi menstabilkan Abah namun abah semakin tenat. Mereka akan terus cuba selamatkan Abah dan akan pindahkan ke wad CCU


Wad CCU - Unit Rawatan Rapi Jantung

Pada jam jam yang berikutnya kami sekeluarga terpaksa bermalam di bilik menunggu CCU sambil berdoa supaya Abah berjaya diselamatkan..


Kini kami dimaklumkan bahawa abah berada dalam keadaan koma. Dan mengejutkan kami bila pada jam antara 3-4 pagi abah terkena serangan jantung lagi walaupun dalam keadaan koma. Kami benar benar tak faham bolehkah perkara begini berlaku. Doktor kemudian menyatakan bahawa mereka terpaksa meletakkan Abah kepada sistem penafasan kerana degupan jantung abah semakin menurun.


dionogsis Abah
mesin life support buat abah.

Akhirnya seorang doktor datang dan bertemu kami sekeluarga. Katanya Abah telah mengalami "brain damage" dan kini yang membuatkan jantung abah masih berdegup hanyalah disebabkan oleh mesin life support itu sahaja. Masyaallah... terasa seperti bagai ditikam tikam di dada.. terasa dunia menjadi gelap tatkala mendengar kata kata doktor itu. Kata doktor "abah dah tiada" yang bergerak kini hanyalah mesin itu.. Namun kami meminta supaya doktor jangan mematikan lagi mesin itu. Biarlah sehingga mesin itu terhenti dengan sendirinya.. Dan setengah jam dari itu pada jam 3:14 petang 8hb Oktober 2012.... mesin itu berhenti........

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un... Hanya itu yang keluar dari mulut mak.. Kini Abah telah pergi buat selamanya..... 

 

Ya allah ya tuhanku.. tidak ku sangka semalam merupakan hari terakhir untukku bersama sama Abah.. Saat saat terakhir aku mempunyai seorang ayah.. Tidak ku sangka keesokkan harinya Abah akan meninggalkan kami semua... Perasaan Mak dara dan keluarga tidak dapat mak gambarkan dengan kata kata hanya tuhan maha mengetahuinya....

 

Arwah abah telah dimandikan dan disembahyangkan di bilik mayat Hospital Ampang. Kemudian arwah abah dibenarkan dibawa pulang..

 

 

 Ya Allah ya tuhan ku... Hanya semalam Abah menaiki kereta bersamaku dan kami sama sama dalam perjalanan ke Masjid Bangsar bagi melawat jenazah saudara kami siapa sangka pada keesokkan harinya pula Mak Dara akan menaiki van jenazah bersama sama dengan jenazah abah untuk pulang kerumah untuk kali terakhir.. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan Mak Dara berada di sisi keranda jenazah abah di dalam van itu. Perjalanan rasa tersangat laju.. Mak Dara rasa seakan tidak mahu perjalanan itu berhenti.. Mak mahu terus menemani arwah abah selama yang mungkin.. 

Jam 6:30 petang. Setiba di rumah semua ahli keluarga telah bersiap sedia menyambut jenazah arwah abah. Bertapa hancur luluhnya Mak dara tatkala melihat wajah Ibu Mak Dara yang menanti kepulangan jenazah suaminya itu.  

 

 

Syukur alhamdullilah semua ahli keluarga yang jauh dan dekat datang untuk melihat arwah buat terakhir kalinya. kebanyakkan ahli keluarga yang datang adalah ahli keluarga yang sama kami temui semasa pengkebumian saudara semalam. Rata rata seakan terkejut mendengar berita pemergian abah kerana kata mereka semalam abah kelihatan sungguh sihat sekali. Kini barulah kami semua faham kenapa arwah abah beria ia mengajak semua ahli keluarga nya untuk datang kerumah.. Untuk datang melawat jenazahnya.......

Arwah Abah di bawa ke masjid As Sobirin terlebih dahulu untuk disembahyang jenazah. Syukur alhamdullilah ramai yang berada di masjid untuk sembahyang jenazah buat arwah abah. Setelah disembahyangkan arwah abah terus di bawa ke  tanah perkuburan AU4 yang terletak 500 meter dari rumah.. Teringat lagi antara kata kata arwah abah kepada temannya di FB nya beberapa tahun yang lalu..

Hanya tuhan saja yang tahu berapa banyak kali jari jari Mak dara tak sanggup untuk menaip semua ini..Air mata tak dapat ditahan dari terus mengalir sedari tadi... Namun mak nekad untuk menghabiskan juga entry ini..entry ini sebenarnya untuk anak anak , cucu cucu, sanak saudara Mak Dara juga.. Mak Dara mahu kongsikan hari hari terakhir arwah bersama mereka....  

Arwah abah akhirnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4 selepas isyak pada malam 8hb Oktober 2012...

Sebulan telah berlalu ... dan selama sebulan itu juga Mak bangun dari tidur dan mengharapkan semua yang berlaku hanyalah satu mimpi .. Mak cuba untuk tenangkan hati yang lara namun Mak tak dapat tipu diri sendiri.. Dada makin sakit.. Terasa ada satu lubang yang amat dalam.. terasa satu kekosongan yang tak dapat digambarkan......  Abah dah pergi buat selama lamanya...

Setiap kali perkataan Abah keluar dari mulut tatkala itu juga airmata akan mengiringi perkataan itu.. Tiada lagi bau wangi perfume abah tiap kali ke rumah abah.. Hanya bau air mawar dan bau bunga ros yang dikutip bagi menyirami pusara mu setiap hari... Tiada lagi dapat ku lihat abah dengan kain pelikat kegemarannya yang tinggal kini hanya lebihan kain kapan yang tersimpan. . Tiada lagi suara abah memanggil cucu cucu dan juga memarahi cucu cucu tiap kali mereka buat semak dan buat bising di rumah abah, yang kedengaran kini suara anak anak, cucu cucu dan suara mak yang tak putus putus membacakan yasin dan sedekahkan al fatihah buat abah...

Demi Allah kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah Abah.. Kami tahu tuhan lebih sayangkan abah.. tenanglah abah disana.. Janganlah abah berasa sunyi kerana kami akan selalu melawat pusara abah.. Kini hanya doa dan al fatihah penyambung kasih sayang kita...

Al fatihah.....

23 comments:

  1. Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh.

    ReplyDelete
  2. Sama ayah saya tak ada penyakit tapi tiba-tiba mengejut pergi..baru je cakap dalam telefon semalam, tapi esoknya dengar ayah dah tak..memang rasa hilang sangat-sangat..Harap Mak Dara terus tabah..Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  3. Sebak dada saya baca.Al-Fatihah utk yang telah pergi..

    Entah bila agaknya masa untuk kita pula pergi..Semoga ditetapkan Iman hingga ke akhir hayat..

    Mudah-mudahan diberi kekuatan utk akak sekeluarga.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah sentiasa meletakkan arwah dalam golongan orang yang soleh. Harap Mak Dara dan keluarga kuat menempuh dugaan ini. Amin! Al-Fatihah~

    # Harini juga genap 40 hari arwah atuk (ayah mak saya)meninggal.Kadang kala saya juga terasa kehilangan tersebut.Tapi saya kena kuat untuk mak saya supaya beliau tak sedih. Harap Mak Dara pun begitu :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mak dara...al-fatihah buat arwah ayahanda mak dara...:(

    ReplyDelete
  6. Salam Mak Dara, tadi intan dah taip komen tapi tatau internet problem kot..kalau ada dua kali intan komen maaf ya.. Mak Dara, intan baca entry mak dara kali ni..baca sampai menitik air mata sebab teringat arwah ayah intan..memang amek masa untuk pulih.apapun mak dara kena kuat demi mak mak dara...Intan sedekahkan Al Fatihah untuk arwah ayah mak dara dan juga muslimin muslimat yg telah menyahut seruan Ilahi... Al Fatihah

    ReplyDelete
  7. Al fatihah untuk arwah. 2 tahun yang lepas pada tarikh yang sama saya kehilangan arwah mak..

    ReplyDelete
  8. ya Allah mak dara sangat sedih, sy dapat rasa apa yang mak dara rasa sebab saya pun alami perkara yang sama, orang yg depan mata kita tiba2 temu ajal.. sedih sgt2.. semoga mak dara tabah ea walaupun mengambil masa tp hidup harus diteruskan

    ReplyDelete
  9. sebak sungguh membaca entri ni mak dara. mengharapkan mak dara sekeluarga terus tabah melalui hidup tanpa abah disisi.. muhun tabah ye mak dara.. moga abah mak dara ditempatkan dalam golongan yg beriman. Amin,

    ReplyDelete
  10. al-fatihah utk arwah cikgu adenan...arwah cikgu penah jadi guru muzik sy masa kt sek. keb. sg seluang...

    ReplyDelete
  11. mak dara..yang dah pergi jangan dikenangi lagi..

    ia akan membuatkan mak dara x ikhlas pemergiannya..janganlah bersedih sangat ye...

    ape2 pon, Al-Fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  12. sebak saya baca entry MD kali ni. benar2 terasa kehilangan sesuatu yg sgt2 berharga dlm hidup ni kan. terus saya teringat semasa pemergian arwah datuk dan nenek saya yg sememangnya mengejutkan, lbh kurang sama seperti pemergian arwah ayah MD. arwah atuk xnak makan selama 3-4 hari berturut2 sebelum arwah meninggal. nenek pulak pergi beberapa bulan selepas pemergian arwah atuk, xde sakit ape pun. apa pun, semua itu sudah tertulis. drpdNya kita datang, kepadaNya kita kembali. begitulah kehidupan. semoga arwah ayah MD damai di sana dan ditempatkan di kalangan org2 beriman di akhirat kelak. salam takziah. al-fatihah....

    ReplyDelete
  13. berlinang air mata sy MD..touching sgt2!
    sy pernah kehilangan abg kandung..sedih sgt..x sanggup nk kehilangan ayah dan mak..walopon suami dan ank ade disisi..tp mak & ayah sepanjang zaman perlu dikenanag..huhu

    ReplyDelete
  14. As salam...

    semoga rohnya dicucuri Rahmat..amin

    ReplyDelete
  15. innalillahiwainnailaihiroojiunnn...
    mg arwah bersama org² yg soleh..aaminn

    ReplyDelete
  16. sebak sy baca entri Mak. :(

    moga roh arwah dicucuri rahmat. amin.

    ReplyDelete
  17. ALFATIHAH sekali lagi buat arwah abah...! Doa anak yang soleh & solehah bekalan arwah abah ke JANNAH! AMIN

    ReplyDelete
  18. Jutaan terima kasih Mak Dara ucapkan kepada semua yang telah memberi komen dan ucapan ucapan takziah dari setiap seorang dari anda semua.. Mak Dara dan keluarga amat amat menghargainya.. Percayalah bahawa setiap patah ayat setiap patah perkataan dari anda memberi semangat baru untuk kami sekeluarga.. Terima kasih...

    ReplyDelete

  19. Sgt sedih bila bca n3 ni, syukur bila saya msh ada parents disisi

    Al-Fatihah ~ semoga arwah abah MD ditempatkan dikalgn org2 yg beriman

    ReplyDelete