Thursday, November 29, 2012

Semalam Dalam Sejarah....

Semalam merupakan hari jadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 dan yang terkini, al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke 85. Semalam juga sudah genap 51 hari arwah Abah Mak Dara bertemu ilahi. 


Ini adalah gambar arwah Abah Haji Adenan Bin Arshad, mendapat pingat daripada Tuanku, pingat PJK, iaitu Pingat Jasa Kebaktian beberapa belas tahun yang lepas di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Pingat ini dikurniakan kepada seseorang yang telah menyumbangkan khidmat dan telah menunjukkan perkhidmatan taat, setia dan berbakti kepada negeri dan negara dalam apa jua lapangan sekali pun. Arwah adalah seorang suami, cikgu, kawan dan seorang abah yang banyak berjasa kepada anak-anaknya, anak muridnya, kawan- kawannya, jiran-jirannya, rakan sekerjanya dan cucunya. Yang tinggal kini hanyalah pingat yang diterimanya daripada duli tuanku yang masih berada tanpa terusik di almari rumah Ibu... Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, arwah Abah meninggalkan kami dengan jasa-jasanya yang tak terbilang. 

Al Fatihah buat mu abah.. Moga kau tenang di sana.........


14 comments:

  1. al-fatihah...sama2 kita doakan arwah

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. alfatihah...takziah tuk keluarga akak..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mak Dara, sheila kirimkan al-fatihah buat allahyarham abah mak dara. semoga jasa beliau dikenang sepanjang hayat :)

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah..semoga arwah sentiasa tenang di sana

    ReplyDelete
  6. alfatihah .. takziah buat fmly akk

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah moga arwah tenang di sana n ditempatkan bersama org2 yg beriman ~ amin

    ReplyDelete