AJK Mesyuarat Tingkap

Wednesday, November 28, 2012

Somi Mak Dara Mengalami Slip Disc

Sejak kebelakangan ini sekembalinya saja somi Mak Dara dari kerjanya di Kambodia dia asyik mengadu sakit sakit pinggang belakangnya.. Makin hari jadi makin sakit sehingga untuk tunduk sedikit pun dia pasti sakit. Jadi semalam Mak temani somi mak ke Hospital Ampang Puteri untuk periksa apakah yang terkadi pada tulang belakang somi Mak Dara itu.. 

Somi mak sedang menunggu giliran 

somi mak dara sedang membuat pendaftaran

Tidak lama kemudian tibalah masanya somi Mak Dara masuk dan bertemu doktor iaitu Doktor pakar Otopedik iaitu DatoDrSyed Abdul Latiff Alsagoff   iaitu seorang doktor pakar dalam bidang Orthopaedic Surgery dan Trauma Surgery Setelah membuat pemeriksaan yang amat teliti dan mengambil masa yang amat lama akhirnya Doktor mengesahkan bahawa somi Mak Dara mengalami penyakit Slip Disc.. Masyaallah terkejut somi dan Mak mendengarnya... 


Apa itu slip disc?
Banyak istilah digunakan, antara yang popular ialah slip disc. Ada juga yang memanggil dengan nama prolapsed disc, atau herniated disc .Seperti dalam gambar, kita boleh lihat mana tulang dan mana disc. Fungsi disc ini macamlah seperti pelapik atau bushings yang membenarkan kita melentok-lentok. Disc ini tidak terkeluar, sebaliknya akan penyek seperti plastisin dan menekan saraf tunjang. Apabila ini terjadi, pesakit mula-mula hanya rasa sakit belakang seperti sengal-sengal sahaja. Walaubagaimanapun, lama-kelamaan geseran & tekanan disc terhadap saraf akan menyebabkan radang saraf yang menyebabkan sakit belakang dan kekurangan upaya. Setiap saraf tunjang itu akan ke bahagian-bahagian tertentu badan kita, sebagai contoh disc yang terletak pada kedudukan Lumbar 4 atau 5 (L4/L5) berhubung ke kawasan pinggang ke bawah. Dan inilah bahagian yang paling banyak berlaku slip disc dan masalah saraf kerana tekanan badan tertumpu di bahagian tersebut, dan apabila ini berlaku ada yang akan menghadapi kekebasan, kesukaran menggerakkan kaki, jalan perlahan, dan jika parah sehingga tidak boleh berjalan.


Namun syukur alhamdullilah kerana somi Mak Dara dapat mengesan penyakit ini pada peringkat awal dan dapat diubati dengan makan ubat sahaja.. Nasib baik somi mak tak membiarkan sahaja sakitnya itu dan terus membuat pemeriksaan, jika tidak pasti keadaan sakitnya menjadi lebih teruk. Kata doktor kalau dah teruk kena buat pembedahan..Syukur alhamdullilah belum ke tahap itu. Somi Mak Dara tidak mahu dimasukkan ke dalam wad dan meminta untuk pulang berehat di rumah. Namun doktor menasihatkan jika keadaan sakit somi mak dara tidak baik juga atau semakin teruk dalam masa 2 minggu, dia dinasihatkan untuk terus bertemunya secepat mungkin.. 

somi mak dara menunggu untuk mengambil ubat

masa untuk mengambil ubat

Terkejut juga apabila menerima ubat yang sebegitu banyakkkk.. Tapi tak apa demi untuk kesihatan somi mak janji akan habiskan kesemua ubat ubat itu.. Untuk kebaikan terpaksa lah kan...

haaaa banyak bebenorkan ubatnya

masa untuk makan ubat ye sayang.. :(

Sekarang somi mak terpaksa berehat untuk tempoh tertentu.. Katanya sebaik bangun tidur tadi.. Ubat yang diberikan doktor tu sungguh kuat rasa macam nak demam dibuatnya.. Alaaaaa kesiannya melihat wajah somi mak.. Rasa macam nak tanggung juga sakit yang dihadapinya tu.. 

Doakan semoga somi mak segera sembuh ya.....

31 comments:

  1. Moga suami Mak Dara cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. semoga ur husb cepat sembuh ye MD. dan semoga segalanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  3. somi mak dara tetap hensem walaupom mase tunggu giliran , hiww . in Sha Allah dapat sembuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe terima kasih Hana.. mudah2an dia segera sembuh...

      Delete
  4. moga cepat sembuh yer pada somi mak...kita selalu doakan yang baik2 sajerk..

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan.. :) ..moga cepat sembuh ye suami mak dara..sebenarnya kan waist nipper PB tu boleh membantu mereka yg mengalami slip disc..utk kaum adam mmg digalakkan pakai waist nipper shj..

    ReplyDelete
  6. Saya punya slip disc dulu memang teruk sampai pecah dan menekan saraf dalam tulang.memang unbearable pain kata orang.Terpaksa operate sebab lagi seminggu nak kawin.Tak boleh tahan dah sakitnya.Sesetengah orang taknak operate dan lebih suka buat terapi.Masalahnya terapi sangat lambat sembuh dan kekadang tak sembuh sepenuhnya pun.Proses terapi tu sendiri sangat menyakitkan.Tambah lagi sakit kat pinggang yang memang sedia sakit tu.
    Tapi kalau tak parah dan banyak masa,elok je buat terapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah dengar cakap doktor tu nasib baik tahu awal sebelum teruk.. Harap harap Major cepat sembuh ya.. ya memang sangatttttt sakitttttt penyakit ini kannnnnn..

      Delete
  7. salam mak dara...

    nampaknya asben mak dara x leh keje kuat²..angkat berat² la tuh....
    mg asben MD cepat sembuh~!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Ana
      terima kasih.. mudah mudahan...

      Delete
  8. As salam Mak Dara, suami mak dara boleh pakai waist nipper PB utk mengatasi masalah slip disc ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Fadzlynn.. tu lah mak baru teringat.. terima kasih sbb ingatkan mak ye..

      Delete
  9. baca entry ni, buat naz rasa nak check. Naz rasa sakit jgk kt bhgn pinggang hingga ke kaki. ingt mcm salah urat, gi mengurut dah..tp still sakit. nak dekat 2 minggu. Takut jgk terkena mcm ni, sbb bgn tdo pagi2, sakit sngt. terpaksa bergerak dengan perlahan. rukuk sakit, terpksa solat duduk. tak bole nak duduk lama2 sume. hmm, tak bole dibiarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhhh kena cepat cepat pegi check tu Naz.. lebih baik kita tahu awal2 kannnn..

      Delete
  10. moga suami sis adza cpt sembuh ye..amin

    ReplyDelete
  11. salam, Mak Dara..
    Suami Annaz pun memang pesakit slip disc. bila datang sakit memang kesian sangat tengok. tp setakat nie belum buat pembedahan lg..doktor kata klu operate pun 50:50 jer..

    buat masa nie, suami Annaz hanya makan ubat dan berehat. Klu mc memang lama la..
    Annaz doakan yg terbaik buat suami Mak Dara..Annaz juga perlukan doa semua untuk kesembuhan suami Annaz, k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh semoga suami Annaz segera sembuh dan selamat menjalani pembedahan ini.. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya kan.. Bila tgk suami sakit kita pun turt rasa sakit kannnnn...

      Delete
  12. kalau peringkat awal,mmg bleh sembuh ke sbb makan ubat saja,mak dara?

    ReplyDelete