AJK Mesyuarat Tingkap

Wednesday, November 28, 2012

Somi Mak Dara Pemenang Utama Peraduan Telekom Malaysia

Oh Mak Gayah.. Dalam kesakitan Slip Disc sejak semalam tiba tiba somi Mak Dara Martias, menerima satu panggilan dari seseorang. Tiba tiba terdengar somi mak berkata "Menang?" uik menang apa pulak dah ni.. Setahu Mak Dara somi Mak Dara takde lah masuk mana mana pertandingan.. Lainlah macam Mak Dara ni masuk macam macam pertandingan dan yang terbaru Mak Dara join contest anjuran Denaihati iaitu iphone 5 gadget impian contest .. teringin nak menang iphone katanya hehehe.. Tapi part somi mak dara ni yang musykil sikit ni menang apa pulak ni..

Mak biar je dia habis bercakap di telefon.. Sebaik habis je bercakap bersama pekerja Telekom Malaysia tu Mak terus terjah.. Menang apanya Yang ? Somi mak kata dia menang peraduan yang dianjurkan oleh TM. Dia kata masa dia mohon pemasangan telefon dan UNIFI di rumah beberapa bulan yang lepas dia ada tulis satu borang pertandingan yang disuruh oleh pekerja TM tu.. Memang takde niat langsung pun nak menang ke apa tup tup terkejut bebenor bila diumumkan jadi pemenang.. Pemenang hadiah utama pulak tu hehehe.. Syukur alhamdullilah rezekiiiii...
Susulan dari panggilan telefon itu , somi mak dara kemudian menerima pula email dari pihak TM. Syukur alhamdullilah dalam kita menghadapi dugaan tuhan memberi rezekiNya.. syukur alhamdullilah.. Harap harap nanti somi mak dara jangan over exited dan nak mengangkat pulak TV yang dia menang tu masa majlis penyampaian hadiah tu nanti bertambah teruk sakit belakangnya nanti hehehe..

29 comments:

  1. Assalamualaikum Mak Dara, alhamdullilah bertuahnya suami Mak dara. hehehe. itulah, rezeki dan tuah memang tak nampak kat kaki macam ayam. ewahh merepek pula sheila. hhiihii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Shella,.. syukur alhamdullilah.. tu lah kan memang tak disangka sangka syukur alhamdullilah...

      Delete
  2. tahniah mak dara n somi...

    psst : pesan kat somi mak dara tu..biar mak dara yang angkat TV tu..heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe terima kasih Norasiah tu lah dah pesan dah jangan nak angkat berat2 lagi lepas ni hehehe

      Delete
  3. Rezeki yang tidak diduga kan mak…dalam sakit2 tu Allah anugerahkan satu lagi perkara yg menggembirakan..Moga somi mak cepat2 sembuh ya

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mak dara...tahniah2 yer...;)

    ReplyDelete
  5. Tahniah MD, makin murah pulak rezeki MD sekeluarga sejak slim melim ni ... :)

    ReplyDelete
  6. bestnya.... rezeki Allah nak bagi. tahniah utk somi MD... sukanya MD... Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdullilah rezeki dariNya.. aminnnn.. terima kasih kak Lizaaa ;)

      Delete
  7. tahniah mak dara..Semoga rezeki mak dara terus bertambah selepas ini.. ^_^

    ReplyDelete
  8. Tahniah untuk suami MD.. Murah rezeki.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. alhamdullilah, tahniah buat somi akak.. rezeki tu...

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat suami Mak Dara. Tuah manusia hanya Allah yang tahu.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah... rezeki dari Allah itu sentiasa ada. Tahniah akak & suami.. :)

    ReplyDelete
  12. Tahniah mak dara rezeki tu.. dpt tv lagi best.. Alhamdulillah syukur

    ReplyDelete
  13. tahniah menang besar .rezekilah tu.

    ReplyDelete
  14. Bila yg xdisangka tu lah yg slalunya dpt,kan?! Tahniah MD, melaram dgn tibi baru lah pasni =)

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..tahniah atas kemenangan

    ReplyDelete