Friday, November 2, 2012

Untuk Mu Abah...

Pada pagi tadi Mak Dara serta Ibu dan adik adik telah ke kubur allahyarham arwah abah Mak Dara. Hari ni genaplah 25 hari pemergian arwah Abah.. Syukur alhamdullilah kubur arwah abah Mak Dara yang berada di Tanah Perkuburan AU4 sangat dekat sekali dengan rumah kami iaitu 500 meter sahaja.. Maka telah menjadi rutin kami setiap kali sahaja ada kelapangan kami anak beranak akan ke pusara abah .. 

Semalam.. Ibu Mak Dara telah pun membeli pokok pokok baru untuk ditanam di pusara abah.. Sebelum ini kami hanya menaburkan bunga bunga dan kemudian pula hanya meletakkan batu batu sungai sahaja di kubur arwah abah.. Maka hari ini Mak Dara dan adik beradik menunaikan permintaan Ibu Mak Dara itu..


   


Adapun menanam pokok rendang di atas kubur.. Syeikh Sa’id Hawa mengulas... tatkala memperkatakan tentang hadis yang menceritakan Nabi s.a.w. memacak pelepah tamar basah di atas dua kubur agar penghuninya diringankan dari azab. Kata beliau (yakni Syeikh Sa’id Hawa); “Di dalam hadis tersebut terdapat petunjuk bahawa pentingnya kedapatan tumbuh-tumbuhan/pokok-pokok di atas kubur. Dari kenyataan ini, dapat kita simpulkan bahawa di antara adab-adab kaum muslimin bersama tanah-tanah perkuburan ialah dengan mereka menjadikannya menghijau (dengan pokok-pokok), malah jika dapat mereka menjadikannya seperti taman-taman”. (al-Asas Fi as-Sunnah Wa Fiqhuha, 3/1175).

Ibu Mak Dara di pusara abah....

Ibu Mak Dara makin hari makin susut berat badannya.. Tabahkan hati ya mak.. Kami akan menjaga Mak sebaik yang mungkin itu janji kami.... Insyaallah mak... pokok pokok yang kita tanam tadi akan terus hidup subor dan sentiasa berzikir untuk arwah abah....

18 comments:

  1. al-fatihah....semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin

    ReplyDelete
  2. Mak akk amat terasa kehilangan arwah tu..sebab tu badan susut sangat. Time ni peranab anak2 amat penting..semoga semua terus tabah yer..

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..semoga MD sekeluarga tabah ye :)

    ReplyDelete
  4. amin... semoga redup dan sejuk je kubur ayahnda MD tu.. bukan saja hasil zikir pokok malah doa dan alunan ayat suci drpd anak2 yg x pernah melupakannya...

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah... Kuatkan semangat yer Mak Dara.. :)

    ReplyDelete
  6. sebak rasanya..Allah tabahkan hati ibu mak dara..

    ReplyDelete
  7. alfatihah lagi sekali... tgk2 ibu selalu ye MD

    ReplyDelete
  8. Mak saya pun bila ayah pergi badan makin kurus..Semoga mak MD kembali bersemangat semula..saya doakan selalu.

    ReplyDelete
  9. kagun dengan kasih sayang Md pada parent..
    *tabik spring*

    sya doakan UIOLLS family sihat selalu..
    ^___^

    from ::Arkitek Hati::

    ReplyDelete
  10. al-fatihah... alhamdulillah. tentu arwah abah akak suka kuburnya sudah ada pokok dan sentiasa dikunjungi ahli keluarga. syukurnya dapat keluarga yang macam ni.

    minta maaf, mia ke KL hari tu tak dapat nak singgah sana sebab schedule very packed. maybe next time, insyaAllah mia akan singgah juga.

    ReplyDelete
  11. moga Mak terus kuat semangat dan tabah. :)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum mak dara..insyaAllah mudah2an hendaknya...:

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum mak dara..Moga arwah tenang di sana...Ameen. Al Fatihah

    ReplyDelete
  14. Semoga Mak MD terus tabah dan kuatkan semangat...

    ReplyDelete