Thursday, December 6, 2012

HIDUP BIAR IKHLAS

IKHLAS... cuma satu perkataan.. namun membawa seribu satu makna.. Hari ini Mak Dara terpanggil untuk berbincang mengenai...

 KEIKHLASAN..

Bagi Mak Dara seseorang yang ikhlas ibarat orang yang sedang membersihkan beras dari kerikil-kerikil dan batu-batu kecil di sekitar beras. Maka, beras yang dimasak menjadi nikmat dimakan. Tetapi jika beras itu masih kotor ketika nasi dikunyah, akan tergigit kerikil dan batu kecil. Demikianlah keikhlasan, menyebabkan segala yang telah dibuat dan dilakukan  yang datang dari tulus hati akan mendapat satu kepuasan yang sejati... Sebaliknya, perbuatan yang dilakukan dengan TIDAK IKHLAS akan menyebabkan segala yang telah dilakukan tiada merasa nikmatnya. 

Imam Syafi’i pernah memberi nasihat kepada seorang temannya,“ Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia ridha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu karena Allah Azza wa Jalla.”


Kadang Kadang susah mentafsirkan perbuatan seseorang samaada ia benar benar ikhlas atau tidak.. Yang tahu dan sahih akan keihklasan itu hanya antara orang itu dan Allah swt sahaja.. Ikhlas atau tidak seseorang itu kepada kita atau pelakuannya biarlah dia sendiri yang mengetahuinya..Namun kita sebagai manusia biasa hendaklah selalu berprasangka baik pada setiap insan..  


16 comments:

  1. Saya ikhlas undi akak..gud luck kak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe tankiuuuuu Cik Syidaaaaaaaaaaaaaa... sayang ketat ketat...

      Delete
  2. Ramai diantara kita yg mintak diri dibalas sebaiknya.. rambut sama hitam, hati lain-lain kan Mak Dara.. Rahsia hati tak siapa yg pernah tahu..
    ~mengharapkan diri saya terus ikhlas walaupun tak pernah dihargai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Baby.. rambut sama hitam.. Hati lain lain.. terima kasih kerana selalu support blog Mak Dara ini.. selalu sahaja mendapat komen ikhlas dari Baby.. really appreciate ittttt ;)

      Delete
  3. jika kita ikhlas menolong org lain, itu adalh kegembiraan di mata-mata kita, berbahagia hidup kita jika kita ikhlas, jika sebaliknya ia akan memudaratkan kita pada masa akan dtg,,,,semoga kita bersama-sama prihatin utk saya dan semua,,,salam oyye buat semua~

    ReplyDelete
  4. Ya, semoga kite ikhlas beribadah kepadaNya.. Aaminn.

    ReplyDelete
  5. memang dalam apa pun jua yang kita lakukan kenalah ikhlas... ikhlas adalah kunci kepada kejayaan selain sabar dan usaha.. :)

    ReplyDelete
  6. berilmiah tema entry ari ni ye MD. Smoga kita smua mlkukan sgalnya ikhlas kerana-Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah mudahan begitu lah hendaknya.. insyaallah

      Delete