Sunday, December 9, 2012

Ku Abadikan Namamu

Menjadi seorang penulis skrip ni memang telah sebati dengan diri Mak Dara. Lebih 16 tahun Mak Dara mengabdikan diri dalam dunia penulisan skrip dan hampir 66 buah skrip drama telah Mak Dara hasilkan.. Antaranya...Namun antara semua drama drama itu ada satu drama yang sangat dekat pada hati Mak Dara iaitu sebuah drama yang bertajuk DOA KE SYURGA yang baru saja diulang tayang di RTM 1 beberapa hari yang lalu..


Drama ini Mak Dara ambil dari kisah dari kehidupan arwah adik Mak Dara. Drama ini Mak dedikasikan kepada Allahyarhamah ADZA SUZYRIANI ADENAN. Walaupun hanya sebahagian sahaja kisah hidupnya dan selebihnya adalah plot jalan cerita yang harus Mak dara tambah bagi mencantikkan lagi jalan cerita untuk dijadikannya sebuah drama. Kisah sebenarnya yang tidak mak masukkan ke dalam skrip itu ialah kisah sebenar bagaimana arwah adik Mak dara telah mengalami kemalangan apabila semasa kecilnya kami adik beradik bermain di dapur tiba tiba terkena meja dapur lalu air panas yang sedang dijerang terkena lalu tertumpah air yang panas mendidih itu pada kaki arwah adik Mak Dara. Selepas itu arwah dibawa ke hospital. Di sana doktor telah melakukan kesilapan apabila memberi dos pelali yang tidak cukup semasa membuat pembedahan lalu arwah adik mak dara terjaga semasa pembedahan iaitu semasa dalam proses melapah kulit peha kiri arwah untuk ditanamkan di peha kanan arwah yang telah melecur teruk akibat terkena air mendidih itu. Oleh kerana terlalu panik doktor cucuk upat pelali pada arwah namun disebabkan over dose maka arwah adik Mak dara mengalami kecederaan otak dan sejak dari itu adik Mak Dara tidak lagi seperti dahulu dia seakan akan menjadi seorang bayi semula. Arwah Mak Dara telah mengambil tindakan untuk saman doktor itu. Banyak bukti telah kami dapat melalui surat minta maaf doktor itu termasuk kenyataan dari nurse nurse namun doktor yang berasal dari India itu telah melarikan diri dan pulang ke India . Untuk meneruskan kes Ayah Mak Dara terpaksa mengeluarkan wang yang banyak menurut peguam ayah. Namun bagaimanakah gaji seorang guru dapat memberi wang yang banyak pada masa itu maka kami terpaksa melepaskan saja kes itu terbuka tanpa apa apa hukuman. Memang sedih memang perit dugaan yang terpaksa kami terima...Sejak itu.. Bermulalah kehidupan arwah adik mak dara sebagai seorang anak istimewa. Semasa membesar arwah adik Mak sering dicemuh oleh orang kampung yang tidak suka dengan adik yang sering lari masuk ke rumah jiran tiap kali kami terlepas pandang. Oleh kerana tidak mahu arwah dicemuh arwah ayah Mak dara telah menguncikan pintu pagar agar dia tidak lagi dapat ke rumah jiran. Kami sekeluarga amat sedih kerana sikap orang kampung itu. Arwah hanya mahu bermain main dengan anak mereka bukannya mahu berbuat apa apa di sana namun kami faham tidak semua orang suka dan dapat terima insan istimewa seperti arwah adik Mak Dara itu. Arwah adik Mak dara telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 16 tahun kerana demam panas. 

 
dari kiri Adza Irdawati (MD) Adza Nasyaemie (baju pink) Arwah Adza Suzyriani (Belang)
Adza Adzriyati, Adza Edie Izwan, depan Adza rinawati dan Adza Tutyrianti

Itulah antara gambar kenangan kami bersama Arwah 4 bulan sebelum arwah meninggal dunia.. Walaupun arwah berumur 16 tahun namun pemikirannya pada masa itu seperti kanak kanak 6 tahun. Perkembangan otak arwah lambat berkembang . Walaupun drama itu tidaklah seratus peratus kisah sebenar adik Mak dara namun setengah darinya adalah perkara yang benar berlaku dan Mak dara abadikan nama arwah adik Mak dara di drama itu..

 
kredit title di akhir drama DOA KE SYURGA

Al fatihah buat arwah adikku Adza Suzyriani dan juga kepada arwah ayah abahku yang telah genap 2 bulan pemergiannya.. semoga kalian tenang di sana.. Walaupun jauh di mata namun tidak pernah sehari berlalu tanpa kami mengingati kalian.. Al fatihah....


20 comments:

  1. mesti jln cerita ni best..bca pn dh rsa cm sebab..hehe..alfatihah ..

    ReplyDelete
  2. Kadang2 orang kampung nie bukan dapat terima anak-anak istimewa nie kan...
    Wilma faham apa yang keluarga MD rasakan coz adik bongsu Wilma pun tergolong dalam golongan anak-anak istimewa (slow-learner)...

    ReplyDelete
  3. al fatihah untuk mereke berdua .. sesungguhnya yang hidup pasti akan ketemui ajalnya..

    semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman...aminnn

    ReplyDelete
  4. byk betul dugaan..semoga arwah ditempatkn dikalangan orng beriman..amin..

    ReplyDelete
  5. Bukan semua dapat memahami sebab menjaga anak istimewa memerlukan byk kesabaran. Kadang2 jiran2 mungkin bersikap demikian sebab mereka tidak memahami dan tidak berapa mengenali anak istimewa tersebut. Jadi mereka rasa terganggu dan bimbang kalau2 berlaku benda2 yg tidak diigini. Misalnya kes di kejiranan saya, ada jiran rasa tak puas hati dengan sikap lewa seorang jiran yg mempunyai anak istimewa. Setiap hari budak tu meluru masuk ke rumahnya padahal dia penat baru balik dari kerja. Jiran ini terpaksa melayan budak ni dengan sabar sebab tingkap rumahnya tak bergril. Dia risau budak tu jatuh sebab mereka tinggal ditingkat 4. Bila sijiran panggil ibunya, ibunya cuma panggil2 nama anak, lepas tu anak tak mahu ikut dia buat tak tahu. Jiran saya yg sorang ni memang baik tapi dia penat nak tengokkan anak orang apatah lagi balik dari kerja. Saya kata dia baik sebab tak pernah lagi dia berkasar, macam jiran lain mereka siap tengking. Kalau tak buat macam tu budak tu tak mahu balik. Sebab tu bila punyai anak istimewa penjagaannya mesti kena lebih dari kanak2 normal. Apa saja aktiviti yg mereka buat, kita tak boleh lewa lansung. Kalau sayalah, saya takkan sedih dengan keadaan mereka tetapi saya sangat iri hati dengan mereka sebab mereka dijanjikan Allah syurga tanpa syarat. Bayangkan syurga didepan mata! tapi kita??? belum tentu dapat ke situ.

    ReplyDelete
  6. al-fatihah...semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman... :( sebab kecuaian doktor je..haihh..

    ReplyDelete
  7. Mesti jalan cerita dia sedih, best.
    Lagi-lagi berkait dengan kisah hidup kita..

    ReplyDelete
  8. Sedih. Semoge roh ke due mereka ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  9. Alfatihah... Semoga akak sekeluarga terus tabah meneruskan hidup yang mendatang..

    ReplyDelete
  10. Alfatihah.. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... InsyaAllah... Amin...

    ReplyDelete
  11. sedihnya...tak patot betol doktor tu taknak ambil sikap tggjwb....

    ReplyDelete
  12. Sedihnya baca kisah arwah adik MD ni. Sayangnya saya tak berkesempatan menonton..

    ReplyDelete
  13. pasti kalau js tengok cite ni...menitis airmata...^^
    al fatihah buat kedua2nya...

    ReplyDelete
  14. Mak, sedihnya intan bca..peritnya dugaan tapi itulah tanda kasih Allah pada hambanya yang terpilih. Al Fatihah buat arwah adik mak..

    ReplyDelete
  15. sedihnyer....sungguh kuat arwah ayah mak dara,,,,.....kallu jadi dkt bonda ntah mampu ke x nak hadapinyer.....tp betapa kejamnyer doktor tue sbb dia lari mcm tue jerk......

    ReplyDelete
  16. saya dah tonton citer tu...rupanya ada kisah benar disebalik cerita itu...sedih bila terjadi dikalangan keluarga sendiri...harap MD sekeluarga tidak bersedih lagi...semoga mereka tenang di sana...al-fatihah untuk mereka

    ReplyDelete
  17. Sebak baca apa yg mak dara tulis walaupun dah penah tengok.. moga Mak Dara tabah ye menghadapi.. Apa2 pun, adik Mak Dara dah tentu2 ke Syurga..

    ReplyDelete
  18. baca sinopsis ni pun dah rasa sedih..

    ReplyDelete
  19. al-fatihah tuk kedua-duanya. smoga mereka ditempatkan dikalngan org yg beriman...amin

    ReplyDelete