Monday, December 3, 2012

Mak Dara di Konsert JLO - Sneak Peak

Al kisahhhhhhh... toib.. Maka tersebut lah sebuah kisah... Toib.... Mak Dara dan somi berserta adik beradik Mak menonton concert JLO  Dance Again World Tour Live In Malaysia 2012.. toibbbb hehehe.. Ya itulah kisahnya.. Fuhh sekarang dah lewat tengah malam.. Mak Dara serta family dan adik beradik baru pulang dari menonton concert JLO.. Fuhhh memang dugaan betul lah nak menonton concert JLO ni hujan sepanjang masaaaaa .. Basah lencun dibuatnya.. Ini antara gambar sneak peek  Mak Dara di konsert JLO sebentar tadi...atau dalam bahasa melayunya sneak peek tu ala ala macam mukadimah lah maknanya  ya.. 

tiket dah lama beli.. Nak beratur masuk stadium

Mak Dara dan adik beradik depan pintu masuk stadium merdeka

orang ramai yang beratur dalam hujan untuk menonton konsert JLO

Mak dan somi ;)

ramai yang meniaga di luar pintu masuk stadium

adik serta kakak Mak Dara (Adza Rina & Adza Yanie) di luar pintu masuk

ramai dah letih beridiri dan menunggu dalam hujan

Hampir dua jam Mak Dara dan beratus lagi para penonton terpaksa beratur dalam hujan sebelum pintu stadium dibuka.. Memang mencabar keimanan betul.. Namun dek kerana teringin sangat nak nengok JLO secara live dan kerana tiket dah pun dibeli awal maka kami terpaksalah mengharunginya .. Mau kebas kaki lama berdiri dalam hujan.. Nasib baik dah siapkan baju hujan awal awal kalau tak memang mandi le jawapnya..

Nak tahu keadaan dalam stadium dan keadaan semasa konsert JLO berlangsung? haaaa itu kena tunggu entry seterusnya lah.. Maaflah Mak pun masih letih lagi mau zzzzzzzzz.. Esok esok pagi mak kasi update full story mengenai konsert JLO itu ya.. Hehe almaklum dah nama pun entry sneak peak aka mukadimah maka mak hanya kongsikan entry mukadimah dulu lah buat tontonan anda malam ni.. Nantikan entry full mak nanti ye ;)

(JLO sedang menyanyi)
gambar sedutan entry akan datang



10 comments:

  1. fuhhh..tabik spring kat encik suami mak dara tu. sanggup menemani isteri tgk konsert ni ;) ok. tunggu entry seterusnya bout this la :)
    morning mak dara :)

    ReplyDelete
  2. Wow...bestnya dapat pegi konsert JLo

    ReplyDelete
  3. wah, sanggup tggu 2 jam tu.. lenguh kaki.. :)

    ReplyDelete
  4. wah!bestnyer..mak dara xajak pun..huhu

    ReplyDelete
  5. aci x klu request j.lo nyanyi lagu memori daun pisang? sbb ujan kan.. he3..

    ReplyDelete
  6. Demi Jlo ramai yg sanggup lencun semalam yek

    ReplyDelete