Tuesday, December 18, 2012

Menziarah Pusara Adikku Tersayang



As salam duhai teman.. Selama empat hari ini mak jarang update blog kerana mak menghadiri perkahwinan sepupu mak di Kangar Perlis. Dan semasa dalam perjalanan pulang ke KL mak singgah sebentar ke kampung halaman mak di Kulim Kedah.. Di sana mak dan anak anak menziarah pusara arwah adik mak dara iaitu allahyarhamah Adza Suzyriani.. Sayu hati tatkala tiba di sana.. Agak lama mak dan keluarga tidak menziarah hampir dua tahun lamanya.. Walaupun arwah telah meninggal dunia lebih 18 tahun yang lalu namun terasa masih baru diingatan.. Walaupun jauh di mata namun dekat dihati..

Alfatihah buatmu Gee.. Ketahuilah yang kami akan merindui gee dan arwah abah selagi masih bernyawa.. Tenanglah kalian di sana.. Sesungguhnya tuhan lebih sayangkan kalian.. Al Fatihah..

Published with Blogger-droid v2.0.8

6 comments:

  1. Assalamualaikum Mak Dara, al-fatihah buat allahyarhamah adik Mak Dara dan allahyarham abah.. insyallah akan berjumpa kembali di dunia lain

    ReplyDelete
  2. sue masih lagi arwah kak gee.. wajah dia pun sue masih ingat..al fatihah buat k.gee..

    ReplyDelete