Wednesday, December 5, 2012

PUTERI SALAMIA Episod Ke 3


As salam kepada semua sahabat.. Selamat pagi semua.. Sedang buat apa tu? Pada yang free free tu bolehlah menonton drama hasil skrip oleh Mak Dara dan adik mak iaitu drama bersiri PUTERI SALAMIA.  Drama PUTERI SALAMIA episod ke 3 sedang ditayangkan sebentar nanti pada pukul 12:05 di TVi saluran 180 di astro.

Photo: Skrip ke 62

Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA
Durasi : 5 episod x 1 jam
PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 
PRODUSER:Zay Datuk Zay Basaliei 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
Siaran: Akan mula ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang
Barisan Pelakon
Puteri Salamia : Mardiana Alwi
Kesatria Qalif/Ben : Ebi Kornelis
Embun/Nenek Kebayan : Hasnah Ibrahim
Rose : Rydah Malanjang
Putera Sulu : Azrie Basalie
Permaisuri Indera Saputra : Azean Juzeanty
Raja Indera Saputra : Rodih Madun
Dr. Donny : Marlin Malalin
Elia : Affy Jacklynda Entawin
Penyiasat : Amirul Abdul
Ibu Ben : Puan Jurinah

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri
bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif,  Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang
diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.

Pada teman teman Mak Dara yang berada di pejabat time sekarang dan tak dapat nengok TV takpe anda boleh menonton secara live streaming di internet.. Klik aje link di bawah untuk menonton di kaca komputer.. lappy.. handphone anda ye .. Selamat menonton.. ;)

TVi LIVE STREAMING

10 comments:

  1. wah..mak dara penulus skrip rupanya..terbaiklah

    ReplyDelete
  2. Belum berkesempatan nk tengok la cite ni mak dara

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takpe insyaallah akan ada ulangannya nanti..

      Delete
  3. assalamualaikum mak dara...terbaik la...:)

    ReplyDelete
  4. yg jadik puteri salamia tu sape? lisdawati ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. areleez: oh bukan lisdawati.. itu pelakon baru tp muka mmg ada iras iras lisdawati kan hehehe

      Delete