Monday, January 2, 2012

Dari Karya Mak Dara

As Salam dan Selamat tahun baru kepada semua teman.. Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga ada yang tak tahu bahawa pekerjaan Mak Dara sebenarnya ialah seorang penulis skrip drama.. Mak Dara dah berkecimpung dalam dunia penulisan hampir 16 tahun dan telah menghasilkan drama sebanyak 62 buah. Hampir setengah dari 62 drama drama itu Mak Dara tuliskan bersama team panel skrip mak iaitu terdiri dari somi mak Martias Ali, adik Mak Adza Emie dan teman Mak Fairuz Kenchana..

Dan bermula dari hari ini mak merancang untuk sharekan setiap drama hasil karya mak tu kepada semua.. Mak akan sharekan gambar dan sinopsis setiap drama hasil karya mak satu pada setiap hari.. Dan mak akan masukkan dalam entry DARI KARYA MAK DARA.. Fuhh boleh pegi 2 bulan jugak le ni ye hehe.. Harap harap tak ada yang muntah pink membacanya nanti ye hehe



this is my card


Dibawah adalah show reel kesemua drama drama yang telah mak dan team mak hasilkan.. 




Mak akan mulakan entry DARI KARYA MAK DARA dengan skrip yang pertama tama sekali mak tulis iaitu drama yang berjudul FAIL 578 yang telah ditulis pada 1996 sebentar lagi.. Tungguuuuu.....