Wednesday, January 4, 2012

Dialog Orang Gemuk Dan Orang Kurus

Dialog dialog ini selalu diucapkan oleh segelintir orang . Terutamanya jika si slim melim bertemu dengan temannya yang ala ala gebuuu gitew...


Situasi ni selalu berlaku pada Mak Dara.. Waduhhhhhh sakit hati pon ada .. Tapi selalunya mak sengih aje dan jawap... tak lah tak pregnant.. Memang gemuk sikit semenjak dua menjak ni.. Entah le kenapa.. Tapi memang tengah nak kuruskan badan.. Dan bla bla bla lagi jawapan yang diberikan bagi mengawal kemaluan yang amat itu... Pernah tak anda berada dalam situasi tu? Hmmm sedih kan...

Kenapa nampak orang yang gemuk je mesti nak tanya soalan soalan yang sensitif begitu ek? Bagaimana kalau yg slim slim tu pulak rasa bila yang si comel tanya seperti dibawah?


Pasti hati sedikit sebanyak akan terguris kannn... Oleh itu apa kata kalau bertemu dengan rakan atau keluarga bertanya lah soalan soalan yang tidak begitu sensitif.. Tanyalah pasal kucing peliharaan ke.. Dah makan ke belum ke.. Pasal pokok bunga ke.. Pasal resepi ke... Mungkin pada mereka perkara itu biasa.. Tapi bagi orang yang bersaiz dua pintu peti ais macam mak memang terasa bisanya..

Tapi bila dipikiorkan balik jika semua orang sama aje.. semua pun sepesennnn aje.. Mana keunikkannya.. Lagipun nanti siapa nak beli baju XXL yang dijual kat giant tu.. Siapa nak beli ubat kurus Dr Rozmey tu .. Siapa nak bayar yuran yuran gym kat celebrities fitness tu? haaaaa kauuu meroyan mak dah datangggg hehehehehe

So moral of the story mory, renung renungkan sebelum berkata kata ye..


Dari Karya Mak Dara - SECANGKIR AIR SETEGUK USIA


Skrip kedua yang telah Mak Dara hasilkan ialah sebuah drama berjudul SECANGKIR AIR SETEGUK USIA . Kalau tak silap mak drama ini ditulis pada tahun 1997 tapi mak dah lupa siapakah yang telah berlakon dalam drama ni hehe.. Ok meh Mak sharekan sinopsis drama ini ye..

Skrip # 2

Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan

SECANGKIR AIR SETEGUK USIA mengisahkan tentang Datin Norin yang terlalu obses dengan kecantikan. Pelbagai kaedah dan pembedahan telah dilakukannya untuk membuatkan dirinya menjadi sentiasa jelita. Walaupun suaminya Dato Faizal tidak bersetuju dengan isterinya namun dia hanya mendiamkan dirinya dan mengikut segala permintaan isterinya itu.

Suatu hari Datin norin telah didatangi oelh seorang lelaki yang menawarkan kecantikkan yang tiada tolak bandingnya dengan hanya minum dari air ajaib dari cangkir antik yang dibawanya. Pada mulanya Datin norin agak skeptikal dengan kata kata lelaki itu. lelaki itu menyatakan bahawa dia memberi segelas minuman secara percuma dan Datin Norin tiada apa apa kerugian jika air itu tidak mujarab. Datin Norin kemudian meminum air itu dan lelaki itu terus beredar dari situ.

Malam itu Datin Norin menghadiri sebuah keramaian bersama Dato faizal dan semua hadirin disitu terkejut dan amat kagum dengan kecantikkan datin Norin. Datin Norin hairan dan melihat dirinya di cermin dan dia terkejut apabila dirinya menjadi sepuluh tahun lebih muda dan lebih cantik dari sebelumnya. datin Norin kini percaya kepada air cangkir milik lelaki itu.

Keesokkann paginya Datin Norin mencari lelaki itu di merata tempat namun gagal. Dia akhirnya pulang kerumah dn terkejut melihat lelaki itu berada di hadapan rumahnya. Datin Norin meminta untuk meminum air ajaib dari cangkir itu namun kali ini lelaki itu meminta bayaran. datin Norin terus membayarnya.

Begitulah rutin harian Datin Norin. setiap hari dia akan minum air ajaib dari cangkir ajaib itu dan setiap tegukan air itu membuatkan usianya menjadi lebih muda dan cantik. Namun semakin lama semakin tinggi harga yang dikenakan lelaki itu. Dato Faizal hairan dengan perubahan isterinya itu. dia juga menyedari bahawa wang di akaun isterinya susut dengan mendadak.Dato Faizal juga hairan dengan kecantikan luar biasa isterinya itu.

Datin norin kehabisan wang dan meminta lelaki itu menurunkan harga bagi air ajaib itu namun lelaki itu enggan. datinNorin marah lalu menyatakan dia tidak mahu lagi berurus niaga dengan lelaki itu. lelaki itu berlalu . keesoakkan paginya datin Norin bangun dan terkejut apabila mendpati dirinya kini menjadi seorang wanita yang sangat tua dan juga buruk. Datin Norin sedar ini adalah akibat dari tidak meminum air ajaib itu. Dia akhirnya merayu lelaki itu untuk mendapatkan khidmatnya semula.Datin Norin menjadi semakin obses dengan air ajaib dari cangkir ajaib itu. setelah semua wangnya habis kini Datin Norin menggunakan wangnya suaminya pula.

Dato faizal terkejut apabila menhetahui hampir kesemua wang simpanannya digunakan oleh isterinya lalu membekukan akaunnya. Lelaki itu kini nekad mahu mengenakan bayaran yang terlalu tinggi kepada Datin Norin dan datin Norin semakin terdesak apabila dirinya berubah menjadi tua pada setiap minit. Namun akhirnya Datin Norin gagal mendapatkan untuk membayar lelaki itu. Lelaki itu menyatakan dia tidak lagi mahu berurus niaga dengan orang yang tidak dapat membayarnya. datin Norin marah dan terus memaki hamunnya. Lelaki itu kemudian terdiam dan akhirnya bersetuju untuk memberikan air minuman terakhir kepada Datin Norin namun kali ini dari cangkir yang lain pula lalu dia terus berlalu dari situ.datin Norin mengambil cawan yang berisi air ajaib itu dan terus meminumnya.

Dato faizal terkejut apabila pulang kerumah dan mendapati seorang nenek tua yang kelihatan berumur seperti ratusan tahun berada dirumahnya. datin Norin menceritakan apa sebenarnya yang telah terjadi hinggalah kepada air terakhir yang telah dimunumnya yang tidak membuatkan dirinya cantik namun telah menjadikan dirinya menjadi seorang wanita yang amat tua. Kerana terlalu mencintai isterinya Dato Faizal minum lebihan air di dalam cawan itu. Datin Norin menjerit namun tidak sempat menghalang suaminya itu.

Akhirnya kelihatan Datin Norin dan Dato Faizal yang sama sama kelihatan amat tua menangis dan berpelukan. Di satu tempat yang lain kelihatan lelaki itu sedang menawarkan air ajaib dari cangkir ajaibnya kepada seorang wanita kaya yang lain.


Dari Karya Mak Dara


Banyak Entry Mengenai Hari Pertama Persekolahan

Rata rata entry entry di blog blog hari ini mengenai Hari Pertama Persekolahan anak anak.. Mak Dara pun tak terkecuali dengan kisah 4 orang anak mak yang memulakan sesi persekolahan pertama mereka pada tahun 2012 ni..

Begitu juga di wall wall di facebook. Juga tidak ketinggalan status update para ibu bapa menceritakan tentang kisah hari pertama persekolahan.. Memang seronok baca entry entry di blog dan juga status update di facebook mengenai kerenak anak anak mereka.. Boleh mengembalikan kembali nostalgia zaman persekolahan kita dulu..

Antara teman Mak Dara yang turut membuat entry mengenai topik yang sama ialah blogger Rafinamimi dengan entrynya HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012


gambar milik Rafinamimi http://rafinamimi.com/


Sporting selalu
gambar oleh blogger ikatankasihku.blogspot.com

Dan juga Blogger Lagenda Mahsuri ada menulis entry HARI PERTAMA di blognya



Itu antara entry yang mak dara terjah.. Jom le terjah ramai ramai ke entry menarik mereka tu ye.. Jika anda juga anda entry mengenai Hari pertama Persekolahan untuk tahun ini sila tinggalkan link di bawah ye.. Boleh le mak pegi terjah kejap lagi. Apa apapun selamat bersekolah kepada anak anak semua.. Belajar rajin rajin yeee


Wordless Wednesday


BACK TO SCHOOL!!!!

Yaaaa pada dan tika anda membaca entry auto publish Mak Dara ini.. Mak Dara dan somi sedang menghantar keempat empat anak Mak Dara ke sekolah masing masing.. Anak sulung Mak iaitu Adza Haiqal akan melangkah masuk ke tingkatan 2 dan bersekolah di Sek Men Sri Keramat KL.. Manakala anak kedua dan ketiga Mak Dara iaitu Adza Danina dan Adza Kasih akan masuk darjah 5 dan darjah 2 di Sek Ren Taman Permata Selangor.. Dan anak bongsu mak dara iaitu Adza Isabella akan mula bersekolah tadika di Sekolah Integrasi Lmbah Keramat KL..
Adza Danial Haiqal Tingkatan 2

Adza Danina Kirana Darjah 5

Adza Kasih Safea Darjah 2

Adza Isabella Tadika

Waduhhhhh sekelip mata aje rasanya melihat kesemua anak anak mak sudah bersekolah.. Kompommm sunyi mak lepas ni huhu... Kepada semua anak anak yang memulakan persekolahan pada semalam dan hari ni Mak nak ucapkan selamat kembali ke sekolah dan belajar rajin rajin ye nak...



Para Ibuk Ibuk Bapak Bapak Sila Tidur ya...

Yaaaaa Para Ibuk Ibuk Bapak Bapak Sila Tidur ya... Esok anak anak mahu mulakan persekolahannya.. Bagaimana bisa mereka ke pertama hari persekolahan tanpa ibu bapa betul enggak jadi silalah tidur awal agar besok kita segar dan bisa menghantar anak anak kita ke sekolah yaaaaa...

pic sponsor dari google

Adoyaiiiii apasal dah jadik indon pulak mak pepagi buta ni? Ini tandanya meroyan mak dah datang sikit sikit ni.. Maka untuk menyelamatkan anda dari terkena jangkitan meroyan ini mak nak ucapkan selamat malam... Kepada anak  anak yang akan memulakan persekolahan esok.. Selamat kembali kesekolah ye nak belajar rajin rajin ye...