Thursday, January 5, 2012

Elia Di Kelantan FM Malam Ini

As Salam semua teman.. Malam ni anak buah Mak Dara Elia menjadi tetamu jemputan di Radio KelantanFm di frequency 102.9 & 97.3 di Kelantan.

Mak Dara dan Elia

Elia akan berada di konti bermula jam 9.40 hingga 11 malam ini.. Fuhhh teruja nak dengar suaranya di corong radio.. Cayalahhhh.. Nak tau lebih lanjut boleh le baca di blognya ya.. http://jejariruncing.blogspot.com/2012/01/bakal-keudaraon-air-di-radio-kelantanfm.html

Semoga semuanya berjalan dengan lancar ye.. Jom dengar ramai ramai jommmmm


Dari Karya Mak Dara - KRONIK


Drama ketiga dari 62 drama yang telah Mak Dara tulis ialah sebuah drama science fiction bertajuk KRONIK.. Drama ni telah mak tulis pada tahun 1997 kalau tak silap dan mak dah lupa TV mana dan siapa yang jadi pelakon bagi drama ni hehe.. Sinopsis dan jalan cerita drama ini adalah seperti di bawah

Tajuk Drama: KRONIK
Skrip oleh: Adza Irdawati Adenan
Genre: Science fiction


Drama "KRONIK" adalah hasil skrip saya yang ketiga . Drama ini bergenre Science Fiction.

KRONIK mengisahkan seorang kanak kanak sekolah bernama Aliff yang telah mengikuti perkhemahan sekolah dan telah menemui sebutir meteor yang telah jatuh tidak jauh dari kawasan perkhemahannya tanpa mengetahui bahawa meteor itu mempunyai kuasa ajaib.

Aliff membawa pulang meteor itu dan akhirnya dengan tidak sengaja telah menjatuhkan meteor itu ke dalam baldi di bilik air lalu mengambilnya dengan pantas dan sepantas kilat itu juga Aliff terus bertukar menjadi seorang lelaki dewasa. Aliff terkejut dengan kuasa meteor itu namun akhirnya menggunakan kuasa meteor itu untuk mengorat cikgu kelasnya iaitu cikgu Amelia yang telah lama dia jatuh hati padanya.

Aliff bertukar tukar menjadi kanak kanak dan kadang kadang menjadi lelaki dewasa untuk mencuri perhatian dan cinta Cikgu Amelia. Dan akhirnya Cikgu Amelia jatuh hati kepada Aliff tanpa mengetahui bahawa Aliff sebenarnya adalah anak muridnya.

panas tidak sampai kepetang, Cikgu Amelia dapat menghidu kelakuan aneh Aliff dan akhirnya semua rahsia Aliff terbongkar. Cikgu Amelia terus pergi meninggalkan Aliff dan sekolah itu. Aliff hampa dan membuang meteor yang ditemuinya di sungai.

Aliff ke sekolah seperti biasa dan hampa apabila Cikgu Amelia telah digantikan oleh Cikgu Bedah. Namun terkejut apabila diperkenalkan dengan seorang pelajar baru bernama Amelia.

Selepas waktu sekolah Amelia menemui Aliff dan menyatakankan bahawa dia sebenarnya adalah Cikgu Amelia. Aliff terkejut. Amelia menceritakan bahawa dia mahu mengucapkan selamat tinggal kepada Aliff dan mahu menemui Aliff namun dia terlihat Aliff membuang meteor ke sungai dan tidak sampai hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Aliff kerana dia telah jatuh cinta kepada Aliff. Tidak sanggup untuk berpisah dengan Aliff Cikgu Amelia terus mendapatkan meteor yang dibunag oleh Aliff dan tanpa disangkanya dia telah bertukar menjadi kanak kanak perempuan.

Aliff dan Amelia gembira merka dapat bersama selamanya. Mereka mengambil keputusan untuk membuang meteor itu ke laut supaya mereka dapat bersama selamanya. Tanpa mereka ketahui setelah mereka membuang meteor itu seorang lelaki yang sangat tua telah menjumpai meteor itu pula.



Ku Di Tahun Baru....

Oh Mak Gayah... Dah masuk 5hb Januari baru tertengok gambar gambar sambutan tahun baru yang mak sambut bersama keluarga di Concord Shah Alam yang bersarang nak dijadikan entry tapi tak terbuat buat dek kerana sibuk dengan persekolahan keempat empat anak Mak Dara.. Better late then never bak kata orang Uganda dan Siberia kan hehehe..

Pada malam new year eve tu Mak Dara dan keluarga telah ke Concord Hotel Shah Alam dimana band family mak iaitu BAND D'ADZA perform untuk sambutan tahun baru tu.. Tema malam tu hitam dan merah dan juga High School Musical.


merah tak mak ngah hehehe


D'ADZA BAND
dari kiri Abg AMri, Adza Tuty, Adza Rina, Tengku & Adza Yanie


countdown new year


habih anak anak naik atas pentas haha


Mak somi dan anak

Ramai betul orang malam tu nasib baik le adik mak dah RSVP kan tempat untuk mak sekeluarga kalau tak memang duduk nunnnn dihujung le hehe.. Dalam tengah mengejar anak anak mak yang dok sakan berlari mengutip belon belon dipentas sempat mak melihat kelibat seorang teman blogger iaitu Fiza.. Sebelum tu teman blogger yang sweet Deq Noor datang dan menegur Mak Dara.. Sebelum habis show tu mak terus jumpa diorang dan snap snapkan picture bersama mereka..


dari kiri Mak Dara, Deqnoor & Fiza

Memang seronong hang out dengan mereka ni.. Satu kepala besttt.. Harap harap diorang tak bosan melayan meroyan mak yang tak boleh berhenti bercakap tu hehe.. Terkejut mak bila Deqnoor kasi souvenir dari beijing untuk mak.. Tankiuu Deqnoor so sweet of you..

So lepas semuanya tamat maka kami pun balik le ke rumah.. Belum sempat sampai kerumah tengok aje ke belakang kereta semuanya dah tidor.. Ni semua penangan dok kejar belon kat sana tu lah hehe.. Apa apapun semoga tahun ini membawa kebaikan kepada kita semua ya insyaallah aminnnn....