Saturday, January 14, 2012

MARTIAS BIKIN FILEM

Bangun pagi aje Mak Dara dikejutkan dengan panggilan telefon dan sms bertalu talu dari teman dan keluarga terdekat.. Kata mereka kirim salam pada LELAKI XY.. Erkkk tanjat jugak Datin Maimon dibuatnya.. siapakah lelaki XY tu.. Baru Mak Dara tahu bahawa artikel mengenai somi Mak Dara iaitu Martias Ali telah keluar di surat khabar BERITA HARIAN di ruangan LELAKI XY.. Apa lagi terus le pegi beli..

Bila buka buka aje surat khabar tu Datin Maimon tanjat lagi.. Kenapa? Yelah sampai dua muka surat besar artikel pasal somi mak dengan tajuk MARTIAS BIKIN FILEM.. Waduhhhh speechlessssss kami dibuatnya....

My Hubby @ Harian Metro 14hb Jan 2012
ms/19 XY ikon lelaki



Artikel ini mengenai somi Mak yang anjurkan sebuah festival filem pendek KLIS yang akan berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb depan.. Ia juga menceritakan serba sedikit tentang latar belakang somi mak yang pernah menjual kuih dalam keretapi masa kecilnya.. bagaimana minatnya dalam dunia filem berputik dan bagaimana dia melayari hidup sebagai seorang anak seni... Sesungguhnya bukan mudah untuk berada di dalam bidang yang sungguh mencabar ini dan syukur somi mak dapat bertahan amin...

Terima kasih kepada wartawan Fairuz Zaidan kerana sudi membuat artikel ini dan kepada somi mak tahniah yang so proud of you..


10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

Mak Dara menerima email dari teman Mak Dara mengenai 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T dan mara rasa elok dan molek untuk mak sharekan untuk renungan kita bersama ..

solattidakditerimaallah 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah
pic oleh google

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi penunjuk dan jalan selamat baginya"


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.


2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.



4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).


6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.


7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.


8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.


9. Orang-orang yang suka makan riba’.


10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar”



Bersama samalah kita ambil ikhtibar dan memelihara solat kita agar diterima oleh Nya insyaallah... amin....