Monday, January 16, 2012

Tips: Jika Anda Tiada Idea Untuk Buat Entry

Entry ni untuk blogger blogger baru macam Mak Dara aje.. Bagi para blogger yang otai tu yang memang dah masak dengan macam mana nak kendalikan blog.. Mak Dara nak minta "tumpang lalu" ye hehehe . Ok... Selamat datang ke rancangan Meroyan bersama Mak Dara hehe..


Takdelah ini sebenarnya bukanlah satu entry tutorial . Rasanya Mak Dara belum layak untuk buat tutorial . Ini sebenarnya entry tentang apa yang Mak Dara buat jika tiada idea untuk buat entry tebaru.. Ok jika Mak Dara dah kering idea inilah yang selalu Mak Dara praktikkan...

1) Sertai Segmen
Bila join segmen sekurang kurangnya kita dapat buat satu entry dan selalunya blogger lain yang menyertai segmen yang sama dengan kita pasti akan menjenguk ke bog kita . Yelah mesti nak tengok entry pesaing kan . Jadi traffic akan naik dan jika bernasib baik ada yang follow.

2) Tulis Aktiviti Harian Yang dilakukan
Tak kisah le aktiviti tu sebesar atau sekecil mana. Contohnya pegi ke pasar ke, pergi shopping ke.. pegi tengok wayang ke, tulis aje.. Tengok contohnya Ben Ashaari menulis tentang aktivitinya di gym.. Kan menarik tu =)

3) Tulis Mengenai Keluarga
Keluarga.. Pasti banyak yang berlaku dengan ahli ahli keluarga kan.. Contohnya anak baru nak berjalan, Suami di tempat kerja.. Apa yang dimasak oleh isteri ke atau apa apa sajalah..

4) Tulis Mengenai Rakan Blogger
Ini banyak yang boleh ditulis.. Buat review tentang blog rakan rakan blogger. Boleh komen tentang isi kandungan entry rakan blogger atau header diorang tu ke..

5) Baca Surat Khabar
Haaa ini memang banyak topik yang boleh ditulis.. Tapi jangan le main copy dan paste .. Kalau boleh tu tulis le mengikut pandangan anda tentang berita yang terdapat pada surat khabar tu..

Hmmm rasanya itu aje yang selalu Mak Dara buat bila dah takde idea untuk update entry.. Hasilnya.... Ini adalah entry Mak Dara yang ke 1097 dalam masa 11 bulan 30 hari hehehe. Ohhh tak sabar nak tunggu ulang tahun ke setahun blog Bicara Mak Dara ni esokkkk huhuhuhu