As salam kepada semua teman Mak.. Diam tak diam hari ni dah setahun mak dara berblogging.. Banyak kenangan manis semasa melayari bahtera blog ni.. Yang pahit rasanya sikit sangat so mak nak share yang happy happy aje dulu .. Kenangan yang paling terindah bersama blog Mak Dara yang tercinta ialah apabila blog Mak Dara menjadi Top 6 untuk DiGi WWWOW Award pada bulan enam tahun lepas.. Time tu mak memang macam tak percaya aje macam terasa mimpi aje.. Ye lah baru 6 bulan berblogging tapi jadi top 6 memang rasa macam nak pengsan setiap kali terkenang kembali saat saat tu ahaks..


Dan yang best nya setiap peserta kena buat video untuk di promote kan maka Mak pun bikin le video hehe
Video promo dari Mak Dara =)
Dan pada hari yang dinanti acara DiGi WWWOW Award pun tiba jua dan mak bertambah seram bila melihat yang turut tersenarai dalam kategori Top Kay Poh tu..
Semua Top 6 Top Kay Poh category
Dan akhirnya pemenang bagi Digi WWOW AWARD Top Kay Poh Category dimenangi oleh...
Tahniah kepada blogger Lee Zi Wen kerana menang!! Apa apapun mak turut rasa bersyukur dan berbangga kerana turut tersenarai dalam event yang sungguh hebat yang dianjurkan oleh DiGi dan Nuffnang itu.. Itu merupakan antara kenangan termanissssss sepanjang Mak Dara bergelar seorang blogger..
P/s: Harap maaf ye video mak itu diambil pada bulan 6 tahun lepas masa tu mak belum "berhijrah lagi" maka imej agak berlainan dari sekarang.. takut pulak ada yang terkonfius nanti hehe