Wednesday, January 18, 2012

Bila Producer Drama Menjadi Blogger


Waduhhhh waduhhhhhh superrrbangganya Mak Dara bila teman BFF yang juga merupakan seorang penerbit drama iaitu Zay Basalie kini telah bergelar Blogger dan blognya ialah ZAY BASALIE Veni Vedi Vici!


Walaupun masih muda namun Zay telah menerbitkan banyak drama drama antaranya ialah Drama Pautan Kasih Rebecca, PUTERI SALAMIA dan skrip drama itu ditulis oleh adik Mak Dara iaitu Adza Emie dan juga mak dara sendiri, drama bersiri dan juga beberapa lagi drama yang akan ditayangkan di kaca TV tidak lama lagi

Zay merupakan isteri kepada penerbit dan pengarah En Jurey Rosli yang telah memenangi banyak anugerah di festival filem kat Malaysia ni. Mak Dara dah banyak kali bekerjasama dengan En Jurey Rosli ni. Lebih dari 8 tahun kalau tak silap dan banyak jugak skrip skrip drama yang Mak dara dan suami Mak Dara tulis untuk syarikat beliau dan kini Mak Dara bekerjasama dengan isterinya pulak. Ternyata memang besttttt. Susah nak dapat producer yang sporting macam Zay dan suaminya ni. memang Syiokkk =)

Zay bakal menerbitkan banyak lagi drama drama untuk syarikatnya. pada sesiapa yang nak berlakon ke nak jadi pengacara ke.. Boleh le terjah ke blog beliau @ http://zaralatiff.blogspot.com/

To Zay.. Selamat berbloging dear.. Tak sabar nak jumpa di red carpet Kuala Lumpur Short Film Festival nanti =)