Thursday, January 19, 2012

Sukarelawan aka Volunteer Sila Fahami Maksudnya

As salam kepada teman blogger sekalian.. Hari ini Mak Dara terpanggil untuk buat satu entry mengenai SUKARELAWAN... Meh Mak Dara sharekan makna dan maksud sukarelawan dalam kamus ye..


Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati” dengan niat yang ikhlas atau setulus kudus dan dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.

Baru baru ini Mak Dara sedang giat mencari para sukarelawan/volunteer untuk Kuala Lumpur Short Film Festival yang akan berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb akan datang.. Syukur alhamdullilah ramai yang sudi untuk menyertai comunity sukarelawan ini dan tidak kurang juga mak berhadapan dengan masalah seperti dibawah..


Hehehehe Adoiiiiii pening kepala mak nak jawapnye... 


Blogger Chef Faizal Masuk Majalah!


Sekalung tahniah buat teman Mak Dara iaitu Faizal seorang Chef dan juga seorang blogger yang telah berjaya masuk ke Majalah MEDIA SUKSES bil 004 baru baru ini.. Wahhhhh tumpang bangga bila melihat kejayaan teman teman.. Mintak signnnnnnn boleh hehe...

Chef Faizal ni merupakan Executive Chef di The Summit Hotel Subang USJ. Selalu aje Chef faizal ni tag gambor gambor makanan yang dimasaknya pada Mak Dara.. memang selalu buat Mak dara terliur dengan gambar gambar masakannya yang sedap sedap tu hahaha..


Mak Dara adalah followernya yg pertama =)

Chef Faizal ni bukan sahaja seorang chef, beliau juga meminati bidang fotografi maka di dalam blognya bukan hanya anda akan disajikan dengan resepi resepi masakan malah anda juga akan dihidangkan dengan gambar gambar hasil karya Chef Faizal ini juga... Dengar khabar Chef Faizal akan mengeluarkan buku masakannya tidak lama lagi.. Mak Dara doakan semoga Chef Faizal terus maju jala dalam setiap bidang yang diceburinya.. Jangan lupa belanja I nanti k hehe. Nak tahu lebih lanjut mengenai Chef Faizal jom le ramai ramai terjah ke blognya.. sila klik di SINI ye


Bibik Dan Majikan Main Sex (18sx)

Entry ini khas untuk 18 tahun ke atas aje ye.. 



Tersedak Mak Dara tat kala membaca Bibik Dan Majikan Main Sex ... Adoiii siapalah punya keje pegi search pasal benda benda macam ni kat blog Mak Dara ni...



Tahulah malam ni malam jumaat tapi sampai pegi search benda benda begini di blog mak ni tak sesuai le dik non.. Lebih baik search entry pasal entry makan makan , menternak lemak ke tutorial ke.. entry ilmu agama ke .. Ini benda tu yang di cariknya.. Adoyaiiiiiii hahahaha


Tapi berbalik kepada topik ni memang ada yang berlaku.. Teman mak sendiri pernah mengalaminya tapi tidak le sampai ke tahap itu.. Cuma sominya dah tertarik menarik kau memang da bom sama bibiknya.. Nasib baik le bini dia dapat hidu awal awal tarikan antara somi dan maidnya tu lantas terus minta tukar dengan agensi pekerjaan itu.. Makanya nasihat mak kalau nak cari pembantu tu kenalah berhati hati ya jangan sampai tergigit jari.. Tak semua yang datang bekerja di sini ikhlas.. Tak juga mak suruh cari maid yang dah tua tua bangka karang kita pulak yang nak kena jaga dia..  so renung renungkan ...