Friday, January 20, 2012

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia.. Al Fatihah

Terkejut Mak Dara tatkala menerima bbm dari adik Mak Dara dengan berita tentang pemergian penyanyi muda Izwan Pilus.. Macam susah aje nak percaya pada mulanya.. Namun makin lama makin banyak teman bbm Mak Dara turut update status yang sama.. Maka semuanya benar belaka...

allahyarham Izwan Pilus

Allahyarham Izwan Pilus dikatakan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 6.20 petang tadi . Sumber menyatakan beliau mengidap lung infection.. Mari sama sama kita sedekahkan Al fatihah kepada arwah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. AL FATIHAH....

Blogger Ini Telah Di"Kidnap" Pada Hari Jadinya

Seorang blogger popular telah dikidnap oleh Mak Dara pada hari jadinya.. Ye ni bukan cobaan.. Ini betul betul kejadian.. Siapa blogger yang Mak Dara dah kidnap itu....


Tak lain dan tak bukan blogger hebat Mia Liana hehehe... Ya semalam mak dara dah plan untuk bertemu dengan Mia somewhere in KL. Ini kerana Mia ada urusan di KL maka dia datang dari Johor bersama 2 gadis practical di pejabatnya yang kiut miut untuk urusan itu.. Mulanya nak plan untuk jumpa sekejap aje.. Alih alih bila berjumpa aje mak dara terus kidnap Mia dan membawanya ke Shah Alam hehehehe... 



Mak Dara membawa mia untuk melihat persembahan band adik beradik D'ADZA Band di Crossroad Concord Shah Alam.

D'ADZA BAND

Di sana D'ADZA telah menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Mia. Namun sayangnya Mak Dara tak bawa kamera dan tak dapat snap gambar gambar itu .. Takpe nanti Mak Dara kidnap gambar dari Mia sebab dia tangkap banyak gambar pada malam tu hehe..

Mak Dara nak ucapkan HAPPY BIRTHDAYYYYYYY dan selamat ulang tahun kepada Mia.. Luvsss you soo muchhh hope to see you again soon.. Semoga tak fobia dikidnap akak lagi ye hehehe