Thursday, February 9, 2012

Sakit Cepat Sembuh Bila Dr Somi Ada Disisi

Hari ni mak dara memang tak sihat.. Mak ni memang jarang jarang jatuh sakit. Sekali sakit memang le teruk.. Tengah hari tadi terus aje mak telefon somi mak dan beritahu yang mak tak sihat dan sejam lebih je lepas tu terus dia sampai ke rumah dan bawakan mak ke klinik..


Balik aje dari klinik terus mak makan ubat ubat yang diberikan doktor tu dan terus le rehat.. Dan yang buatkan mak terkejut ialah bila somi mak tak terus kembali ke pejabat namun dia terus menemani mak dan bukan itu saja dia membacakan novel untuk mak... Sedar sedar aje mak rupanya tertidur lebih dari 3 jam.. Rupanya somi mak bacakan mak novel sampai mak tertidur.... masyaallah perkara macam ni memang tak pernah berlaku sepanjang 15 tahun perkahwinan kami.. Terasa amat terharu dengan layanan dari somi mak ni... Masyaallah terasa diriku amat bertuahhhh memiliki suami sepertinya amin.. syukur alhamdullilah.. Memang sakit cepat sembuh bila Dr Somi berada di sisi..... =)

thank you sayang.. ur love is priclesssssss



Kentucky "FIGHT" Chicken


Waduhhhh tak habis habis la KFC ni dengan masalah masalah kakitangannya tu.. Terbaru tersebar luas video pekerja KFC yang bergaduh dengan pelanggannya.. Sehingga ramai teman teman mak di fb menggelarkan KFC sebagai Kentucky "FIGHT" Chicken... adoyaii


Memang le kita semua tak tahu siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini. Memang mak pun tak nak tuding jari untuk salahkan siapa siapa.. Namun sebagai pekerja dah memang menjadi tanggungjawab untuk menjaga hati dan kehendak pelanggan.. Walau marah macam mana sekalipun namun kita haruslah berpegang kepada quote "CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT" . Tapi customer pun janganlah ambik kesempatan atas quote tu pulak kan.. 

Anyway Mak sendiri pernah alami masalah ketika membeli di KFC tidak lama dulu.. Dan mak ada tulis di entry ini.. KFC ALPHA ANGLE KOTOR, SERVIS LEMBAB DAN OVERCHARGE!! Namun mak kagum juga atas keprihatinan pihak atasan KFC yang mengambil aduan mak dara secara serius dan telahpun menelefon dan menemui mak dara dan memohon maaf atas tindakan staff mereka terhadap Mak Dara tu.. 

Diharap pihak KFC lebih prihatin dalam mengawal semua pekerjanya dan semoga KFC dapat meningkatkan lagi prestasinya pada masa hadapan..




Ana Raffali Kini Manis Bertudung

Ana

Bertambah manissss dan ayu tat kala Mak Dara melihat gambar terbaru penyanyi berbakat besar ini iaitu Ana Raffali di Media Hiburan yang kini tampil dengan imej bertudung kini... Sweet sangat sangat.. 

Semakin ramai artis artis wanita di malaysia telah bertudung kini syukur alhamdullilah.. Mak Dara doakan semoga Ana terus maju dalam hidup dan dalam bidang kerjayanya.. amin..