Syukur alhamdullilah.. Semua ini takkan menjadi realiti tanpa undian , sokongan dan doa doa dari kalian semua.. Untuk itu Mak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang support blog mak yang worst ini hingga tercapainya kemenangan ini hehe.. Terima kasih juga kepada Social Media Week (MSMW) 2012. Kepada pihak penganjur pihak juri yang telah memilih blog mak dara ini.. U guys really AWESOME.. Sekalung tahniah kepada semua teman teman Mak Dara yang turut memenangi anugerah anugerah seperti Eqbal Zack dan Denaihati kerana turut menang!! Kita jumpa di malam anugerah tu nanti ye!!!
piala MSMW =)
Di facebook ramai juga teman mak hairan dengan kemenangan blog mak ni.. Ramai yang tanya kenapa masuk dalam kategori WORST BLOG OF THE YEAR.. dan di dalam kategori itu mak ada tulis alasan kenapa mak masuk kategori itu dan ianya berbunyi..
This blog is own by old lady name Adza Irdawati
or I call myself as "Mak Dara"
to make things worst im FAT!!!!
now tell me the truth who really wants to reads a blog from
an old and triple XL lady with the history of meroyan..
Hehe ok tak alasan mak tu hehe.. lagipun bila difikir balik kalau semua masuk dalam kategori the best habis siapa yang nak masuk kategori the worst ye dak hehe.. Tapi yang sebenarnya memang blog mak ni sebuah blog picisan yang masih merangkak rangkak mencari tapak di dunia blog ini.. Masih banyak kekurangannya masih banyak yang perlu dipelajari sebelum mak layak untuk menominasikan diri dalam kategori yang hebat hebat itu.. Namun apa apapun mak bersyukur kerana blog picisan ini telah menempah kejayaannya...bak kata kata terakhir oleh setiap peserta dalam rancangan "are you smarter than the 5th grader...
"Hi.. im Mak Dara.. I'm a script writer and a blogger
and my blog is THE WORST BLOG OF THE YEAR!!" lol....