Thursday, February 16, 2012

Entry Khas Kepada Para Isteri....


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...


Video 40 Sejadah Berdiri Di Maran Pahang

السلام عليكم duhai teman.. tak berapa lama yang lalu kejoh kisah tentang Sejadah Berdiri Di Maran Pahang.. Berita ini telah disiarkan di BERITA TV3.. namun sayangnya pada malam itu mak ada urusan dan tidak sempat tengok berita tu.. Namun syukur akhirnya ada yang uploadkan klip berita itu di youtube.. Bagi yang terlepas melihat berita ini macam mak juga bolehla menonton klip video berita tersebut ya...


Akhirnya dapat juga menonton klip berit tersebut.. Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.


PENYAKIT DEMAM JJ Melanda!!! Awas...

As salam duhai teman... tahukah anda bahawa PENYAKIT DEMAM JJ telah melanda!!!! Apa penyakit JJ tu? DEMAM JAYA JUSCO SALE!!!!!!! hehehehe.. Perghhhh mak juga telah terjankit dengan penyakit ni.. Dan setibanya Mak Dara ke Jaya Jusco Alpha Angle rupanya ramai lagi yang mengidap demam sale jaya jusco ni sampaikan takde tempat untuk parking kereta.. Sehinggalah mak kena parking di tepi jalan... 

Masuk aje ke dalam JJ perghhhhhh silau mata mak melihat sale sehingga 70% yang digantung hampir di semua tempat ..


Ni yang nak buat mak dara menyanyi lagu old mcdonal tapi versi meroyan mak ni...Jaya Jusco Having Sale.. here sale there sale everywhere sale sale... hahahaha... Makanya setelah selesai mencuci mata dan mencuci dompet maka inilah hasilnya.....


Inilah keadaan bonet kereta setelah pulang dari jaya Jusco.. Tapi bila balik baru sedar dalam banyak banyak plastik tu rupanya mak dara hanya belikan sehelai aje baju kemeja putih untuk mak yang harganya lepas diskaun 70% ialah RM13 yang lain semua baju baju anak anak aje haha.. Biasalah beginilah kalau ada ramai anak anak...

Kepada pemegang JCARD Member tu.. Selamat demam JJ... jeng jeng jeng hehehe.