Saturday, February 18, 2012

Turban Gaya Baru Untuk Remaja

Sekarang ni macam macam jenis dan style terbarukan dan tengah hangat sekarang ialah gaya memakai TURBAN ala ala macam Yuna tu.. Ok meh mak nak sharekan video tutorial untuk memakai turban yang tela dibuat oleh adik Mak Dara sendiri iaitu Adza Tuty..


Dah tengok? apalagi moh le try memakai turban jommmm hehehe

KAMBINGKU TOM CRIUSE

As salam .. Di pagi sabtu ni mak tiba tiba terbelek belek le album album mak di FB terutamanya album album gambar drama yang telah mak tulis selama 15 tahun mak menceburkan diri sebagai penulkis skrip.. Dan antara pengalaman paling manis buat mak dara apabila menulis skrip untuk rancangan SENARIO suatu ketika dulu.. Dan episod yang paling best yang pernah Mak Dara tulis ialah KAMBINGKU TOM CRIUSE..


Skrip Kambingku Tom Cruise adalah skrip kesebelas pernah mak tulis dan skrip pertama sitkom untuk TV3 bagi mak. Episod ini telah dipentaskan di SRI PENTAS TV3 dan telah keudara di TV3..meh mak sharekan sedikit detail mengenai epiosd ini...

Tajuk Sitkom: KAMBINGKU TOM CRIUSE
Skrip oleh : Adza Irdawati
Lakonan : Kumpulan SENARIO
Siaran : TV3 (telah keudara pada tahun 2004)

SINOPSIS
======

Mengisahkan Johan(wahid) seorang kanak kanak yang sangat nakal. Dia pulang kekampung Datuknya (Atok- Saiful Apek) sempena untuk menyambut raya Korban Aidil Adha. Di kampung Johan bertemu dengan kawannya iaitu mamat (Azlee). setelah mereka bergabung mereka terus melakukan aktiviti yang sangat digemari mereka iaitu mendera binatang. Yang menjadi mangsa utama mereka ialah Tom Criuse (lan pet pet), kambing peliharaan Atok. Mereka terus mendera dan mendera Tom Cruise sehinggalah pada malam sebelum raya korban, Tom Criuse berdoa semoga Johan mendapat pengajaran atas kelakuannya yang suka mendera binatang.

Keesokkan paginya Johan bangun dan terkejut apabila dia mendapati dirinya kini telah bertukar menjadi Tom Criuse-Kambing. Dia bertambah terkejut apabila mendapati Tom Criuse kini berada dalam badannya. Kini Mamat datang dan terus menderanya. sementara itu Atok bersiap sedia untuk mengorbankan "Tom Criuse" sempena Raya Korban itu.Johat benar benar insaf akan semua perbuatannya yang suka mendera binatang dan insaf.

Tiba tiba Johan terbangun dari tidurnya. Dia terkejut apabila dia adalah dirinya sendiri. Dan akhirnya dia sedar bahawa itu semua hanyalah mimpi. Johan terlihat Mamat sedang mendera Tom Criuse dan terus menasihatinya untuk berhenti dari mendera binatang. Dan johan juga menghalang Atok dari menjadikan Tom Criuse sebagai korban. Johan akhirnya mengambil keputusan membela Tom Criuse sebagai binatang peliharaannya di KL.

Tiba tiba tengah tulis entry ni mak dapat idea la pulak untuk sebuah lagi skrip komedi... wahhhhhh mak kena tulis dulu idea mak ni sebelum terlupa... perghhhhhh bestttt betul bila idea datang mencurah curah niiiiii