1 Million Money Drop malaysia. Siapa pernah tengok rancangan ni di kaca TV.. Mesti ramai yang suka dengan rancangan ni kan.. ya Mak Dara juga tidak terkecuali.. memang interesting dan memang mencabar minda peserta dan penonton setiap kali soalan diajukan oleh Dato AC Mizal selaku pengacara rancangan hebat ini kan..
Namun semalam masa bersantai melihat rancangan ini bersama anak anak tibalah soalan diajukan oleh Dato AC Mizal kepada pasangan adik beradik ini . Soalan mengenai lagu NEGARAKU.. Aiseymen mak lupa pulak bagaimana soalannya namun berkaitan dengan lirik lagu Negara Ku tu lah... Perghhhhh mak kompom le semua rakyat Malaysia boleh jawab soalan mengenai lagu negaraku ni kan.. Tapi sangkaan mak merosot bila pasangan adik beradik ini tidak dapat menjawap dengan tepat soalan itu dan kehilangan hampir setengah juta untuk soalan itu.. Sedih juga ya bila rakyat malaysia kurang pasti mengenai lagu negaraku.. Tapi tambah terkelu bila anak mak yang darjah 5 yang dapat menjawap tepat jawapan tu beralih dan bertanya kepada mak.. Kenapa diorang tak tahu lagu Negaraku ma? errrrr mak jawap maybe diorang tengah gelabah kot sampai terlupa...
Hmmm mungkin ada betulnya juga pasangan adik beradik itu mungkin gelisah dan gelabah pada waktu itu sampai lagu Negaraku pun boleh lupa kan... Kita tengok aje di kaca TV namun mereka yang mengalaminya lainkan keadaannya.. Dan satu lagi iaitu mungkin ini bukan rezeki mereka untuk menang dalam rancangan tu kan tak apalah.. At least keluar TV kan... Apa apapun rancangan ni memang best dan bagus untuk semua peringkat umur...