Wednesday, February 22, 2012

BLOGGER PILIHAN MAK DARA Malam Ini!!

Yeayyyyy dah lama mak tak buat BLOGGER PILIHAN ni kan.. Ok pada malam ni Mak dah pilih sorang blogger untuk menjadi Blogger Pilihan Mak Dara.. Siapakh dia..?? jeng jeng jeng....

D'nyue

Blogger yang maksudkan iallah blogger N'yue!!!!! Adik N'yue ni berasal dari Kuala Lumpur.. Nak tengok wajah adik Nyue ni tak.. Kejap mak kidnap picnya kejap hehe jangan marah ye dik.. Akak memang sukaa tengok gambar adik yang sedang melontar jauh pandangannya tu.. macam sedang menantikan sesuatu je gitew hehe..

[akuu.JPG]

Apa lagi.. Jom le ramai ramai kita terjahhhhh ke blog N'yue ramai ramai jommmm.. Klik di sini http://nyueyien.blogspot.com/untuk ke sana... =)


KLUANG MAN vs ULTRAMAN

Yaaaa sedang berlangsung sekarang perlawanan bola sepak antara KLUANG MAN vs ULTRAMAN.. errr silapppp hehe antara MALAYSIA menentang Jepun!!!


Adik bujang Mak Dara iaitu Adza Edie telah pun ke stadium bukit jalil seawal petang tadi bersama anak buah akak iaitu Adza Aniq .. Awal betul mereka keluar dari rumah.. Takut jem katanya hehe

Adza Edie kiri dan Adza Aniq kanan bersama tiket mereka


waduhhh semangat betul anak buahku ini hehe

Risau jugak mak sekeluarga bila adik mak tu nak bawak anak buah mak sorang tu.. Yelah.. Aniq baru je darjah satu dah tu ni first time dia ke stadium bagi menonton bola secara live.. Apa apapun semoga mereka selamat pegi dan balik dan semoga Malaysia dapat menundukkan pemain Jepun insyaallah.. MALAYSIA BOLEHHH!!


Hebatlah Header Blogger Ini!

Header memang antara elemen terpenting bagi setiap blog kan.. Adakalanya juga header ni boleh menjadi daya penarik bagi menarik pembaca untuk membaca blog kita kan.. Dan petang tadi Mak dara telah adakan satu segmen ringkas iaitu segmen ADA APA DENGAN HEADER BLOG KU dan mak memang tabiklah dengan header header mereka.. Mari mak sharekan HEADER para blogger ini dan sedikit info mengenai header mereka itu..


Ada apa yer? Hehe..meh story dari awal. Pada mulanya, charm ushar blog [CIK AYU]. Lalu terpikat pada salah satu header yang beliau design. Dengan tibe2 nyer dapat komen [CIK AYU] offer nak buatkan dan designkan blog charm. Eh eh eh..dia ni. Sweet nyer offer gtu. F.O.C lak tu.Jadi charm pun bg la idea camne yg charm nk. Kaler pink + soft pink. Ada flowery element cket, simple but nice dan yang penting, x semak.
!♥Masz(◕◡◕)Sidek♥!
Header blog ni gabungan nama aku dan bpk aku...MASZ tu singkatan dari MASRINA, dan SIDEK pula nama bpk aku...MATA tu pulak melambangkan apa yg dilihat sama ada dilihat dengan mata kasar atau dilihat dari fikiran (Imaginasi)


Kenapa Dabel A...
Alkisahnya... Kalau tengok pada 'About Me' berbunyi : Dabelaa? Dabel? 'Double A' la sayang.. Why Dabel Aa? Nama aku 2 patah perkataan. Patah pertama ada 4 'A'. Patah kedua ada 2 'A'. Semua sekali ada 6 'A'. Kau punyer nama ada brape 'A'? Double A for Aainaa

Ada apa dengan header blog Qma Shop ni ek? Cer tengok apa je yang ada kat header blogshop ni.. Okey, seorang wanita yang sedang duduk di kerusi disamping shopping bag & lappy menunjukkan rutin harian saya yang perlu mengadap laptop dan packing barang2 yang telah ditempah oleh customer.
Haaaaa amcam.. Sungguh hebat hebatkan header kesemua mereka!! Semua info yang tertera di atas tu hanyalah trailer je.. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang header mereka tentang siapakah yang memberi idea kepada mereka, siapa yang mereka cipta header mereka dan banyak lagi jom le kita terjah satu persatu ke semua blog blog di atas.. JOMMMM!!!!


Ada Apa Dengan Header Blog Ku..

Haaa macam ADA APA DENGAN CINTA ajekan.. Tapi ni versi mengenai HEADER BLOG.. Semenjak dua menjak ni Mak Dara rasa macam nak tukar header blog yang baru la.. Tak tahulah kenapa tapi rasa macam nak tukar ke header yang lebih ceria sikit.. header mak sekarang agak serius sikit kan.. Sebab tu rasanya semua pun takut nak tegur mak.. Mak tak garang tau.. mak very the meroyan.. err silap very the mesra alam.. hehe puji diri sendiri boleh haha.. Dan tiba tiba mak dapat satu idea untuk buat satu segmen mengenai HEADER BLOG.. Nak join sonang je macam masak meggi mee..

1) Buat satu entry bertajuk ADA APA DENGAN HEADER BLOG KU
2) Tepekkan HEADER BLOG ANDA
3) Ceritalah serba sedikit mengenai header blog anda tu..Idea siapakah, siapakah yang mereka cipta header anda.. apakah tema header anda.. Header blogger mana yang paling anda minat.. Adakah anda berpuas hati dengan header anda atau anda ingin menukarkannya di masa hadapan.Apa yang menarik tentang header anda dll.. Pendek kata tulislah apa sahaja mengenai header blog anda ok.
4) Siap tepekkan header mak dibawahhhh entry anda itu dan
hantarkan link anda di komen box dibawah ya..

Ohhh tak sabar nak baca mengenai Header Blog Anda!!!!

Facebook Ni Macam Dah Kasi Klue Aje ni

Ok Mak nak tanya... Siapakah diantara anda yang menggunakan facebook.. Kompom le semua kan.. Dan antara anda adakah yang telah bertukar dari facebook biasa ke TIMELINE? Haaa pasti ramaiiiiikannnn.... Memang best.. memang serba baru.. memang terkini dan in trend.. Namun mak dara yang old skool ni masih belum pun beralih arah.. KETEGAQ kata orang Kedah hehe.. Yup mak masih menggunakan facebook yang lama tu.. 

KENAPA? Hmmm rasanya banyak juga sebab musabab kenapa mak tidak bertukar ke timeline.. Antaranya mata mak yang sudah semakin senja ni semakin rabun dan rasanya akan bertambah rabun bila melihat banyak sangat info info di kiri kanan atas bawah timeline tu.. Biasalah orang tua tua macam mak bukannya boleh tengok benda semak macam tu.. Kedua rasanya mak ni buta IT so kalau bertukar ke timeline ni rasanya macam nak kena belajar buat balik dari mula.. macam mula mula buka akaun facebook tu.. Dan beberapa lagi alasan kukuh untuk mak bertahan ke yang lama..Tapi semalam FACEBOOK macam dah kasi klue pada mak.. Klue bagaimana.. Jap ye kasi up..

introducing Timeline - a New Kind of Profile erkk...

Aiseymen dah siap tertera di bahagian atas profile facebook mak dari malam tadi lagi nih... Hmmm mak tertanya tanya adakah facebook akan automatik menggantikan facebook lama mak ke timeline dengan sendirinya... Waduhhhhh sedih le kalau camni huhu.. Takpelah.. selagi mak boleh bertahan mak akan terus bertahan.. Tapi kalau dia tukar sendiri kene erimalah hakikatnya dan menerima arus kemodenan kannn.. hehehe