Thursday, February 23, 2012

Mari Menjahit Bersama Mak Dara

Wahai Kak Bedah.. Kak Siah Pak Aji dan Abang Labu... Yang jauh mari rapat yang dekat tambah rapat ye.. Mari bersama dalam rancangan MARI MENJAHIT BERSAMA MAK DARA hehehehehe... Haaaa meroyan mak dara datang 30% dah sekarang ni dek stress.. Stress apa? Stess nak jahit baju anak anak.. Konon kononnya hajat di hati mak nak le jahit baju Kaftan ala ala macam di bawah sempena untuk ke majlis perkahwinan anak buah mak pada ahad depan...


Fuhhh sungguh tinggi imaginasi mak kan hahaha.. Tapi dari tadi asyik salahhh jahit.. salah potonggg waduhhh mencabar kesabaran betul.. rasa macam nak gegettt aje mesin jahit ni haa..


Haaa nampak tak gambor di atas tu.. Siap patah jarumnya lagi tu.. Ohhhhhh rasa macam nak jerit aje ni nak panggil superman ke spiderman meh tolong mak habiskan jahit baju ni ha.. Itulah mak memang takde pengalaman dan takde belajar menjahit tapi kalau setakat langsir rumah tu boleh le.. Ini ada hati nak buat kaftan memang menguji jiwa ragalah uwaaaaaaaaaaa...

Dapatkah Mak Dara menyiapkan 3 helai baju kaftan untuk anak anaknya? nantikan entry meroyan seterusnya dari mak ya.... Uwaaaa macam mana nak gantikan jarum ni ek.....


Pesanan Ustaz Idrus Kepada Kaum Lelaki Mengenai Wanita



Haaaa begitulah bunyi pesanan oleh Ustaz Azhar Idrus kepada kaum adam sekalian.. Ni lebih sesuai untuk para jejaka jejaka bujang dan single diluar sanalah ye.. Jadi baca betul betul.. fahamilah isi yang tersurat dan tersirat itu ye anak anak...


Trafik Blog Bicara Mak Dara Minggu Ini..

Trafik oh trafik.. Bukan polis trafik ye kak Gayah mak Bedah hehe.. Ini Mak Dara nak cerita mengenai trafik blog Bicara Mak Dara ni.. Trafik ke blog mak ni idok le sekencang blogger blogger hebat dan otai namun walaubagaimanapun mak amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada setiap seorang dari anda yang sudi singgah ke blog meroyan mak ni tau... 


Berikut adalah pageview blog BICARA MAK DARA  dari 15hb hingga ke 21hb feb lalu.. turun naik macam kadar gula dalam badan mak juga agaknya... Rasanya jumlah trafik mak untuk seminggu sama aje banyakknya dengan sehari je trafik di blog blog otai kan hehehehe.. Tapi mak amat bersyukur dengan kunjungan anda semua.. Tanpa anda siapalah BICARA MAK DARA ni kan.. Kalau tulis blog takde orang baca pun haru jugak kan hehe.. Mak akan tingkatkan lagi usaha untuk menjayakan lagi blog mak ni insyaallah.. sokongan anda amat amat amatlah mak perlukan... sambil buat muka kiuttt habisss hehe