Monday, February 27, 2012

selamat Hari Lahir Azean Irdawaty

27hb Februari 2012 maka genaplah umur seniwati Azean Irdawati 62 tahun.. Mak Dara nak ucapkan Selamat Hari lahir kepada artis idola Mak dara ini.. 


Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga yang tidak.. Nama Mak Dara yang sebenar iaitu Adza Irdawati dan nama Kak Azean ada sedikit persamaannya kan? Sebenarnya memang ada sejarah pada nama mak yang berkaitan dengan seniwati ini.. Ok sebenarnya Ibu mak dara Puan Zaleha sedang mengandungkan mak pada penghujung tahun 70an dulu..dan waktu itu adalah merupakan zaman kegemilangan Kak Azean.. Time tu Kak Azean antara artis paling top dan Ibu mak dara memang terlampauuuuu meminati beliau..

Azean Irdawati di era 70an

Dan apabila Mak Dara dilahirkan Ibu mak nak namakan mak sempena nama kak Azean.. Dia memang mahu namakan mak dengan nama Azean Irdawaty dengan ejaan yang sama.. Haha punyalah minat sangat kan.. Namun Abah Mak Dara yang sedari mula mahu namakan kesemua nama anak anaknya yang bermula dengan nam ADZA (gabungan nama Adenan dan Zaleha) Mak akhinya mak dara diberikan nama ADZA IRDAWATI.. Ibu mak dara akhirnya bersetuju asalkan nama akhir diletakkan seperti idolanya.. Begitulah serba sedikit latar belakang nama mak dara hehe..

Kepada kak Azean Irdawaty.. Saya ucapkan Selamat Hari lahir semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga cepat sembuh dari penyakit yang ditanggung oleh Kak yan itu insyaallah amin..


Tak Payah Nak Tunjuk Alim Sangatlah.. Aku kenal kau siapa..

Fuhhhhh di facebook mak terlihat beberapa teman fb mak yang sedang PANASSSS dengan status update teman mereka.. Status itu telah mencetuskan perselisihan faham antara mereka.. Apa yang mak baca dari komen komen di status itu ialah teman mereka ni ada tulis mengenai perasaannya terhadap teman yang lain yang selalu meletakkan quote quote keagamaan di status mereka dan dia terus tulis statusnya " Tak payah nak tunjuk alim sangatlah.. Aku kenal kau siapa.." fuhhh memang agak pedas kan dan telah mengundang kemarahan dan ketidak puasan hati temannya yang terasa dengan status dia itu.. Dan rentetan dari status itu maka berkajang kajanglah komen yang tidak enak dibaca ditulis oleh ramai orang. Mak tak mahu le komen lebih lebih..

Tapi bagi mak.. Biarlah mereka nak tulis apa pun di status update mereka selagi tidak menghina atau mengganggu gugat sensitiviti orang lain.. Apa salahnya mereka meletakkan quote mengenai keagaamaan.. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
“ Sampaikan ajaran agama daripadaku walaupun sepotong ayat”
Apalah salahnya dia menyampaikan sedikit sebaran ilmu agama kepada teman temannya yang lain.. Siapalah kita untuk menjatuhkan hukum layak atau tidak seseorang itu. Mungkin dulu personalitinya berlainan dan mungkin kini orang itu telahpun berubah dan berubah kearah kebaikkan.. Dan rasanya lebih baik kita memberikan sokongan keatas perubahan positifnya itu kan..wallahualam  


Tarikh WORLDS BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS Akhirnya Diumumkan!!

Rata rata mungkin masih ingat akan acara Malaysia Social Media Week (MSMW). yang berlangsung dalam bulan lepas.. Pelbagai acara telah diadakan oleh MSMW ini termasuk Malaysia Social Media Summit, Malaysia Social Media Concert dan yang paling mendapat perhatian ialah WORLDS BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS!! Dan semua pemenang telah pun diumumkan dan telah pun mak masukkan list pemenang dalam entry ini Senarai Pemenang Social Media Week (MSMW) 2012 AWARD .Termasuklah blog picisan mak dara ini yang telah memenangi kategori WORST BLOG OF THE YEAR hehehe trust me, sampai sekarang Mak tak tahu sama ada nak happy atau segan dengan kemenangan itu hahaha..


Dan menjadi satu penantian bagi semua yang menyertai acara ini terutamanya para pemenang dan akhirnya pihak MSMW telah mengumumkan tarikh untuk acara yang paling dinanti nantikan iaitu tarikh Malam Anugerah MSMW.. Dan tarikhnya ialah....


Maka dengan ini sahlah bahawa tarikh untuk World Bloggers And Social Media Award ialah pada 16hb March 2012 dan bakal bertempat di PWTC pada pukul 7:30 petang!!! Yeayyyy... Tak sabar untuk menghadirinya =)


Selamat Hari Jadi Man Maharaja Lawak!!


Supliseeee!!!! HAPPY BIRTHDAYYYYYYY mak nak ucapkan kepada Man Maharajalawak yang telah pun disambutnya pada 26hb Feb semalam.. Waduhhh sorrylah ye Man akak terlewat nak wishkan sebab dok sibuk dengan majlis persandingan anak buah akak semalm..

Akak ingin ucapkan selamat hari lahir kepada Man dan semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur insyaallah Amin.. Waduhhh akak masih teringat semasa kita shoot untuk video klip lagu D'ADZA pada tahun lepas di mana Man turut bersama dalam video klip itu.. Memang best dan sempoiii habis.. Pecah perut kami semua dan semua krew penggambaran dengan keletah Man tu.. 


Man bersama D'ADZA dari kiri Adza Yanie, Man, Adza Rina
dan Adza Irda (Mak Dara dolu2 huhu)




Video di belakang tabir video klip D'ADZA lagu Apa Kau Rasa =)


Semoga terusssss sukses dan semoga kita dapat bekerja sama lagi ya...