Wednesday, February 29, 2012

Hadiah Istimewa Untuk Blogger Kisah Katak Pink!!

Assalammualaikum.. Hari ini Mak Dara telah memilih blog KISAH KATAK PINK sebagai Blogger Pilihan Mak Dara pada hari ini... Terima kasih dik kerana sudi tinggalkan komen di blog Mak Dara ni ye.. hehe.. Tersenyum tatkala Mak Dara terbaca satu komen dari adik Lizzie Yasmin di salah satu entry Mak Dara iaitu Mak Dara Terima Hadiah Sebuah Header Yang Sangat Sweet!!! Dan Yasmin menulis...


Maka dengan ini Mak Dara nak hadiahkan sebuah header istimewa buat adik Lizzie.. Hmmm tak tahulah sama ada Lizzie suka atau tak dengan header ni hehe... Nak tengok header tu..??




Mak Harap Lizzie sudilah terima hadiah tak seberapa Mak Dara ni ye.. Tak perlu jadikan header tau.. Ni just untuk hadiah kenang kenangan dari Mak Dara untuk Lizzie =) Khas untuk BLOGGER PILIHAN MAK DARA aje.. orang lain takde tau ehehehehe


Mak Dara Terima Hadiah Sebuah Header Yang Sangat Sweet!!!

Pagi tadi Mak Dara check inbox di facebook mak dara.. Perghhhh terkejut mak bila mendapat mesej dari teman mak iaitu Adik Bard Ismail.. Dalam mesej itu tertulis...

mesej dari adik Bard Ismail utk Mak Dara

HADIAH HEADERRRRR???? Mak aiiiii sukolah mok logu nih dik Bard oiiii.. Memang dah lama mengidam nak tuko header ni.. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal dunlop pillow kekdahnya apabila menerima hadiah header dari adik Bard ni.... Nak tengok header yang adik Bard buatkan untuk mak...


Haaaaaaaa cunnnnnn kannn header yang telah dicustome made kan oleh Bard untuk Mak Dara.. Mak sukaaaa sangatttt.. Terima kasih Bard.. Kalau anda nak tahu Bard ni seorang artis, penyanyi dan pelakon but very humble person.. =)

BARD ISMAIL

Buat Bard... Jutaan terima kasih Kak Adza nak ucapkan pada bard yang sudi luangkan masa dan tenaga bagi menghasilkan header yang sungguh cun ini.. Kak akan gunakan header ni nanti ya.. Nanti akak belanja kat Syed Bistro lagi ye hehehe ..

Terima kasih juga kepada teman blogger Mak iaitu Mia Liana kerana sudi hadiahkan banner cun utk Mak haritu ya.. You are sooo sweettttt... Haaa ada ke sesiapa lagi yang sudi nak hadiahkan header atau banner untuk mak ? hehehe lebih lebih pulak mak ni kan hahahaha


Peringatan: Jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan sedang berkumandang..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati.. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah swt

Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'