Hahahaha... Hari ni memang hari meroyan mak yang melampau lah.. Ye lahhh.. Hari ini sepatutnya mak siapkan proposal untuk sebuah rancangan REALITY SHOW terbaru yang mak nak hantarkan pada pihak ASTRO.. Dek kerana Ilham dah lariiii jauh dan tak datang datang sejak 2 hari lepas maka mak pun takde idea untuk siapkan proposal ni.. Sampai hati betullah si "ilham" tu kan.. Maka dek kerana kemeroyanan di tahap puaka maka mak pun buatlah benda benda yang tak berpekdah kekdahnya seperti.. Tangkap gambar sendiri.. Ini pun datang idea bila layan fb tadi.. Penuh wall wall dengan gambar gambar model model cun cun yang ligat membuat photoshoot bersama photographer photographer yang hebat hebat.. Terfikir oleh mak.. Model cun cun macam tu ramai le yang berebut nak buat photoshoot.. Model bersara dan gemuk macam mak dara ni..??? Haaaaa Model gemuk lagi meroyan macam mak ni silalah ambil gambar sendiri ye hahahaha..Oleh itu inilah hasil tangkapan mak.. macam ayat nelayan dapat tangkap ikan pulak kan hahaha




Mula mula ok lama lama bila meroyan menyerang......




Dan gambar yang seterusnya idok le dapat mak uploadkan dalam entry ni takut ada yang muntah pink dan dikhuatiri juga akan ada ibu ibu yang mengandung terkenan akan wajah mak ni nanti hehehe...