Thursday, March 8, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Syed Wafa

Syed Yusof Wafa Syed Nordin.. Siapa yang tidak kenal dengan Syed Wafa? Di kalangan wartawan,ramai tahu Syed Wafa dulu pernah bekerja beberapa akhbar dan majalah hiburan tetapi sekarang dia sudah berkecimpung dalam bidang penganjuran majlis untuk badan korporat dan kerajaan. Dia juga pernah melukis potret dan bertemu ramai artis antarabangsa seperti Michael Jackson, Mariah Carey dan Celine Dion.

Mak Dara ada pertama kali bertemu dengan beliau semasa sesi fotogrfi Saiful Apek, CD Naz, Angah Rajalawak, Diarra dan ketika Mak Dara bersama band Mak Dara D'ADZA. Fotografi itu dikendalikan Oleh Majalah Media Hiburan dan diketuai oleh Syed Wafa sendiri. Ketar jugak Mak Dara dan anggota D'ADZA yang lain.. Maunya tak sbb pertama kali bertemu dengan Syed Wafa yang amat kami kagumi. Namun kami terkejut dengan layanan baik dan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh beliau.. Beliau menjaga kami dengan sebaiknya.. Dari makeup , ke fotografi hingga ke makan semuanya diteliti olehnya. Alhamdullilah fotoshoot tu pun berjalan dengan lancar dan dah diterbitkan tak lama selepas itu.


D'ADZA bersama Syed Wafa dan orang kuat Majalah Media Hiburan.. ;-)
(Mak Dara paling kanannnn hehe itu imej lama ya )


Masa ni Abg Saiful duduk atas meja mmg kelakar


D'ADZA bersama Syed Wafa dan orang2 kuat Majalah Media Hiburan.. ;-)

CERITA RAYA APEK, Diarra, CD Naz & D'ADZA @ MAJALAH MEDIA HIBURAN
(tankiuu to Syed Wafa kerana sudi menjemput kami =)

Itulah Syed Yusof Wafa Syed Nordin setakat yang Mak Dara kenali.. Dan hari ini 8hb Mac Mak dara nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran semoga dipanjangkan umur dan dimurahan rezeki kepada Syed Wafa. Insyaallah.. Amin


Allah Selamatkan Kamu.... Fauzi Nawawi

Ini adalah video yang mak dara ambik selasa lepas semasa sambutan harijadi pelakon Fauzi Nawawi di Crossroad Hotel Concord Shah Alam...


Di dalam video itu kelihatan Lisdawati bersama anak anaknya bersama Band D'ADZA sedang menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu kepadanya.. Sayanggg sebab ada orang kat depan tu sedikit terlindung wajah Lisdawati yang gojes tu kan hehe... Happy Birthday Fauzi Nawawi!!!


Tolong Adik Terunaku Gila Kartun!!!

Haaaa nampak tajuk di atas.. ia adalah sambungan dari filem Tolong awekku pontianak hahahaha... Takdelah sebenarnya entry Mak Dara kali ini ialah entry nak mintak tolong.. Aaaaa dengar aje ayat "tolong" tu tolonglah jangan tekan pangkah lagi.. jangan tinggalkan blog mak dulu hehehehe . Begini kisahnya.. Satu satunya adik teruna Mak Dara Adza Edie Izwan...

inilah mamat wanted itu hehehe

Dia ni memang minat melukis.. Sejak pandai pegang pensel tu boleh katakan habih satu rumah kami penuh dengan lukisan kartun dia tu.. Tapi bila dah besor dia dah pandai lukis di kertas dah hehehe.. Dan terbaru Edie telah memasuki satu pertandingan melukis karektor kartun..


Haaa itulah karektor kartun yang dipertandingkan olehnya . Nama karektor tu ialah Aput The Super Village Boy.. Kebolehan Aput ialah membantu orang orang kampung dalam menyelesaikan masalah.. membantu kanak kanak yang dibuli, membantu binatang binatang dalam bahaya.. membantu awek awek dari dingorat.. membantu adik adik buat homework.. membantu beruk ambilkan kelapa.. membantu mak buat nasi lemak.. errrrr hahaha...

Jadi bagi yang sudi nak tolong tu... Tolonglah dengan vote untuknya ya.. Cara cara untuk vote ialah..

1) Klik di link INI
2) Klik butang LIKE pada gambar itu

Itu saja.. Pada yang sudi untuk membantu mengundi jutaan terima kasih mak ucapkan.. Pada yang sudi nak buat entry (copy paste je ye) itupun kalau ada yang sudi hehe.. nanti mak kasi review blognya... Pada yang nak bertukar undi silalah vote untuknya dan mak akan pastikan dia akan vote anda kembali.. Pada yang sedang baca entry mak ni sampai ke ayat yang terakhir hehehe... Terima kasihhhhhh semuaaa.... Sayang korang ketat ketat...


Remaja maut dalam kejadian tanah runtuh akibat banjir

Seorang remaja berusia 13 tahun maut dalam kejadian tanah runtuh akibat banjir malam tadi.. Mangsa Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan . meninggal dunia kerana tertimbus. Mangsa yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama kira kira 10 minit berjaya dikeluarkan namun meninggal dunia beberapa jam selepas itu di Hospital Kuala Lumpur. Al Fatihah.



Video Terbaru: Banjir Di Bukit Belacan Lembah Jaya Utara Ampang

Video Terbaru: Banjir Di Bukit Belacan Lembah Jaya Utara Ampang


400 Penduduk Kampung Di Ampang Dipindahkan Akibat Banjir

Hampir 400 penduduk sekitar Ampang telah dipindahkan malam tadi rata ratanya penduduk yang tinggal sekitar kawasan sungai.. Mereka dipindahkan kerana air telah menaiki ke rumah mereka dan dikhuatiri mengancam keselamatan mereka..

Banjir kilat di kawasan lembah klang sejak dari petang tadi turut menyebabkan beberapa rumah di sekitar kawasan sungai telah dihanyutkan. Dua kampung yang terjejas teruk ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga yang membabitkan 150 buah rumah.

Banjir besar itu adalah akibat limpahan sungai di Taman Rimba Ampang yang turut menyebabkan tebing sungai itu runtuh.Kebanyakkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.

sumber: BERNAMA

Banjir Kilat Di Kuala Lumpur 7hb Mac 2012

Seharian hujan membasahi bumi.. Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur telah mengalami hujan yang amat lebat sedari petang tadi.. Di rumah Mak Dara sendiri mengalami kebocoran siling dan menyebabkan air membasahi bilik kami.. Ingatkan keadaan di kawasan rumah mak aje yang teruk dilanda air rupa rupanya keadaan di KL berkali kali ganda teruknya . Terkejut Mak apabila menonton video dari My Metro ini sebentar tadi..


Banjir kilat melanda KL sehingga menyebabkan ada yang terpaksa menggunakan kayak di kawasan kampung baru... Kawasan anda bagaimana? Ada yang terlibat dalam banjir?