Fuhhhhh syukur alhamdullilah akhirnya drama PUTERI SALAMIA episod pertama telah pun di tayangkan di RTM2 petang tadi.. Bagai nak luruh jantung tatkala menonton drama hasil skrip Mak Dara dan adik Mak iaitu Adza Emie tu dan telah diterbitkan oleh Puan Zay Haji Datuk Basalie.. Ye lah maunya tak gabra dalam drama tu ada mak masukkan nama nama blogger blogger otai sebagai watak watak utama drama itu.. Antara nya ialah Ben Ashaari, nama anak saudara Mak Dara iaitu Elia blogger Jejari Runcing dan blogger ke tiga yang telah mak masukkan dalam drama ini ialah nama Blogger Rose Johari..

Ebi Kornelis membawa watak sebagai Kesatria Qalif/Ben (Ben Ashaari)
Ridah Malanjang membawa watak sebagai Rose (Rose Johari)
Arbaya Suni membawa watak sebagai Elia ( Aimi Harmelia)
Namun watak watak seperti watak Ben dan Elia akan mula muncul pada episod yang kedua.. Watak Rose dah pun muncul pada episod pertama tadi.. Jadi kalau sudi tontonlah episod kedua drama PUTERI SALAMIA ini pada Jumaat depan di RTM2 pada pukul 3 petang ya.. Terima kasih atas sokongan andaaaaa =)