Saturday, March 10, 2012

Para Bloggers! Jom Vote Untuk Baby Cute Ujang Dan Yana

As salam para blogger dan teman teman sekalian... Hari ini jom ramai ramai kita support rakan bloggers kita iaitu blogger otai Ujang dan Yana dengan vote gambar baby kiuttttt mereka iaitu Aimy Zafirah dalam Pertandingan a breastfeed baby contest!!!!

Baby Aimy Zafirah

Start voting NOW!!

First STEP : Click "LIKE" - 

Second STEP : Click "LIKE" my baby photo -

Jom semarakkan semangat "blogger support blogger" !! =)
(kalau nak copy dan paste entry ini amat3 dialu2kan hehe)



Jemputan Ke DiGi WWWOW AWARD 2012

Waduhhhh super exited Mak Dara tatkala menerima email dari pihak DiGi WWWOW Award yang menghantar jemputan REUNION kepada semua pemenang, finalis dan semua yang terlibat dalam DiGi WWWOW tahun lepas..


Teringat lagi kenangan Mak Dara ketika menjadi finalis bagi salah satu kategori TOP KAY POH AWARD dulu... memang kaypoh betul hehe.. Di bawah adalah video video dan gambar kenangan Mak Dara ketika majlis award night itu.. layanzzzzz

video promo Mak Dara


Penyampaian Award untuk DiGi WWWOW TOP KAY POH AWARD


Mak dara pada penghujung tahun 2011 =)


Mak Dara dan Mia

Mak Dara bersama Adik Ben Ashaari dan Budiey


Mak Dara bersama Adik Anwar Hadi

Memang banyakkkkk betul kenangan kenangan manis Mak Dara bersama DiGi WWWOW AWARD ni.. Di harap Mak Dara terpilih untuk ke REUNION ni nanti dan dapat bertemu dengan semua mereka kembali... 


Tiada si bujang di dalam syurga

Rasullullah SAW bersabda:
“Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
- Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.
- Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
- Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
- Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
- Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
- Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.