Mak Dara baru sahaja menonton berita Buletin Utama sebentar tadi dan terkejut dengan berita tentang Ibu kepada kanak kanak malang iaitu allahyarhamah Nurul nadhirah yang menerima sms berbaur ugutan...
snap shot dari tv mak dara
sms ugutan yang diterima (snap shot dari tv mak dara)
Masyaallah..Tidak cukupkah apa yang dialami oleh ibu dan keluarga ini sehingga ada manusia yang tidak berhati perut menghantar pula sms ugutan sebegini!! Manusia jenis apakah yang sanggup berbuat begini.. Difahamkan bahawa keluarga allahyarham telahpun membuat laporan polis dan semoga yang menghantar sms ni ditangkap! Kenapa harus menjadi terlalu KEJAM!
Bagi seorang Ibubapa tak dapat dibayangkan bagaimana jika perkara begini berlaku pada anak anak kita.. Semoga keluarga arwah adik Nurul tabah menghadapi dugaan demi dugaan ini dan semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH..