Thursday, March 15, 2012

Esok ke.. Ish Esok ke.. Esok Ek..

Esok ke.. Ish Esok ke.. Esok Ek.. waduh macam tak percaya aje besok adalah tarikh yang dinanti nantikan bakal tiba jua.. Tarikh 16 March bermakna bakal berlangsungnya malam gala WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS 2012 yang bertempat di PWTC....


 

Fuhhhhh gelisah mak menjadi jadi lah... Macam macam bermain di fikiran mak.. Apa kah reaksi para tetamu yang datang bila mak naik atas stage untuk menerima award WORST BLOG OF THE YEAR tu nanti.. Dan yang paling kronik ialah apakah riaksi mak apabila naik atas stage tu nanti.. Terus terang Mak katakan sampai sekarang mak tak tahu sama ada nak gembira ataupun segan hahahahaha.... 

Fuh nebesss nebessss.... 

FAV KAY POH 2012 - DiGi WWWOW AWARD BLOG

Erk.. tergamam seketika Mak Dara tatkala menerima email dari pihak nuffnang sebentar tadi...
Pihak Nuffnang nominate blog meroyan mak ni untuk kategori FAV KAY POH 2012 untuk DiGi WWWOW AWARD BLOG ?? Dah berkali kali cubit pipi mak yang tembam ni tetap sakit.. maka betul le bagai yang dibaca tu...

Pada tahun lepas Mak Dara jadi Top 6 Finalist untuk kategori yang sama namun jauh sekali mengharap untuk dicalonkan lagi pada tahun ni.. Ye lah.. Tahun lepas calon diri sendiri tapi kali ni pihak nuffnang yang pilih.. so tahap keterujaan itu kerterlebihanlah jadinya kan hehe..

Blog Bicara Mak Dara Among Top 6 Top kay Poh DiGi WWWOW Award =)
Mak Dara @ DiGi WWWOW Award Nite 2011

Tapi kecut jugak perut dan tertanya tanya.. Adakah yang sudi untuk support dan vote untuk Mak yang meroyan ini huhuhuhu


kanak-kanak lelaki 2tahun ditemui mati terapung di Tasik Titiwangsa

Masyaallah terkejut Mak Dara tadi tatkala melihat satu gambar di wall facebook yang telah dipostkan oleh Suria FM fan page


gambar oleh  Suria FM fan page


Difahamkan bahawa seorang kanak-kanak lelaki 2 tahun ditemui mati terapung di Tasik Titiwangsa, K.L pagi ini(15 Mac) setelah hilang dari jagaan ibubapanya petang semalam. Masyaallah... Meruntun hati melihat gambar ini.. 

Macam macam kes yang melibatkan keselamatan kanak kanak sekarang ini.. Mari kita sama sama awasi anak anak kita semoga tidak menerima nasib yang sama..

Salam takziah kepada  keluarga kanak kanak ini.. Semoga rohnya dilimpahi rahmat dan diletakkan dikalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH...


Lagu Terbaru Najwa Latif - KOSONG

As salam.. Haaaa pasti ramai yang kenal dengan penyanyi cilik manis Najwa Latif kan.. Sekarang beliau dah keluarkan lagu terbaru tajuk KOSONG... Jom sama sama layan lagunya ini..


Memang catchy kan.. Memang berbakat.. All the best kepada adik Najwa.. Semoga lagu ini bakal meletop seperti lagu adik Cinta Muka Buku dan Carta Hati ye..