Saturday, March 17, 2012

Shooting ANAKKU RAZALI

Pada tika dan saat ini sedang berlangsungnya shooting penggambaran short film ANAKKU RAZALI .. Short film ini adalah projek adik mak dara bersama teman temannya.. Diorang menggunakan rumah Mak Dara sebagai lokasi penggambaran mereka.. Jom layan gambar gambar mereka yang sedang shooting ni jomm....







anak teruna mak pon ada belakon sekali hehe




Adoiiii.. Pecah perut mak dengan lakonan diorang yang tak hengatttt ni.. Asyik cut je sebab semua sakan dok bantai gelak.. Mau sampai pagi karang baru habis shoot ni hehe.. Antara yang turut membintangi short filem ini ialah anak mak dara Adza Haiqal dan Mohd Hanifah..

Sebenarnya Adik mak dara iaitu Adza Edie ni memang suka buat short film.. Banyak dah videonya telah diupload di youtube.. Antaranya ialah seperti video di bawah..


Kiranya ini adalah projek short filmnya yang ke 20 lebey kot.. Nanti bila dah siap edit semua.. Mak Dara akan sharekan videonya bersama anda ye...



Bila Anak Ada Blog.. Habis Dia Cerita Pasal Mama Dia Dalam Blog hehe

Haaaa zaman sekarang ni para remaja yang paling banyak jadi blogger.. Ada blogger yang berusia seawal 10 tahun hingga ke atas.. Dan anak teruna Mak adalah antara mereka.. Ada baiknya bila anak anak kita ada blog.. Sekurang kurangnya kita dapat tahu isi hati sebenar anak anak kita apabila mereka luahkannya di blog mereka.. Bukan semua anak anak mahu mengkongsikan perasaan mereka dengan ibu bapa terutamanya anak anak lelaki ni kan.. Dan yang tak berapa nak baiknya apabila jika ada anak anak yang tulis apa sahaja yang berlaku kat rumah.. haaa ni kes naya sikit.. karang habis masalah keluarga ditulisnya dalam blognya hahahaha..

Tapi syukur alhamdullilah mak bersyukur bila baca entry terbaru dari anak teruna Mak iaitu Adza haiqal menulis sesuatu yang sweet untuk Mak Dara

BLOG EQAL 

Katanya dia bangga dengan kemenangan Mak Dara semalam dengan award WORST BLOG OF THE YEAR tu hehehe.. Tankiuuuu Eqal sayangggg so sweet of youuuu.. Part yang best tu bila dia kata mama dia slimmmmm... hehehe

Kalau nak baca entry tu sila klik di link ini Bangganya ngan mak aku


Senarai Pemenang World Bloggers and social media awards

As Salam.. Syukur akhirnya Mak Dara telah pun menerima award bagi WORST BLOG OF THE YEAR di  Social Media Week (MSMW) 2012 AWARD..  

 

Kenangan amat manis tatkala menerima award itu dari Dato Seri Utama Dr Rais Yatim.. Ada kata kata dari Dato Seri Utama dan President MSMW yang takkan mak dara lupa sampai bila bila.. Nanti mak ceritakan di entry lain ya.. Biar suspens sikit baru besttt kan hehe.. Ok moh le kita lihat senarai para pemenang bagi World Bloggers and social media awards


Tahniah kepada kesemua 31 pemenang  Social Media Week (MSMW) 2012 AWARD... Majulah Blogger untuk Negara =)